Menu
Gaya & Culture

NORMAN HAKIM DUTA BARU PRODUK ECOLITE – ECOLITE WAIST TONIC

Ecolite telah melancarkan formulasi baharu Ecolite Waist Tonic, yang menggunakan herba tradisional yang digabungkan dengan bahan aktif berpaten Physta® Tongkat Ali. Ecolite Waist Tonic membantu melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan dan keletihan di bahagian belakang serta pinggang. Sebagai selebriti tempatan yang terkenal, Norman Hakim telah dipilih untuk menjadi duta jenama bagi produk ini.


Ditubuhkan pada tahun 1996, Ecolite ialah jenama produk penjagaan kesihatan yang dipercayai dan mengutamakan kesihatan serta mempunyai sejarah melebihi 20 tahun di Malaysia. Ecolite mempunyai misi untuk membantu memulihkan kesihatan orang ramai dengan produk berkhasiat. Bermula daripada bahan mentah semula jadi, yang diformulasikan dengan gabungan ilmu tradisi Cina serta teknologi sains moden, Ecolite akan melancarkan pelbagai kemudahan produk kesihatan, memastikan produk dengan kemudahan, berkualiti dan bermanfaat untuk orang ramai mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti. Ecolite bertujuan untuk menjadi produk kesihatan yang bereputasi dan dipercayai.

Produk Ecolite Waist Tonic, yang menggunakan herba tradisional dan Tongkat Ali Physta® sebagai bahan aktif untuk melancarkan peredaran darah, melegakan sakit belakang dan keletihan. Produk ini boleh diambil setiap hari untuk meningkatkan tenaga serta kesihatan secara menyeluruh. Pembungkusan paket ringkas menjadi pilihan utama dan boleh digunakan pada bila-bila masa tidak kira sama ada bekerja ataupun melancong.

Kelebihan Ecolite Waist Tonic termasuk penambahan ekstrak Physta® Tongkat Ali yang dipatenkan. Selain mengekalkan kesan memulihkan sakit pinggang, tongkat ali juga dapat membantu memulihkan kekuatan fizikal lelaki dan meningkatkan kecergasan. Physta® ialah ekstrak tongkat ali yang mengikuti piawaian serta telah dibuktikan melalui 15 kajian klinikal dan 9 kajian toksikologi bagi menentukan dos yang selamat. Ekstrak ini telah terbukti keberkesanannya meningkatkan kualiti hidup, tahap hormon, kesuburan, kecergasan dan kesihatan secara menyeluruh.


Kilang Ecolite berlokasi di Batu Pahat, Johor, Malaysia dilengkapi dengan pusat R&D, peralatan canggih dan kawalan berkualiti. Ecolite Mematuhi piawaian pensijilan GMP, HACCP, MeSTI, VHM dan Halal. Ecolite memberikan keyakinan kepada pengguna dari segi keselamatan makanan. Produk Ecolite diperiksa secara teliti untuk memastikan pematuhan piawaian pensijilan. Di samping itu, hanya sumber bahan mentah Ecolite dibekalkan daripada pembekal yang terpilih. Ecolite telah melancarkan pelbagai produk dipasaran yang telah dikenali oleh pengguna seperti minuman kolagen sarang burung, Pu Yao Jing, pati ayam, Pi Pa Gao, pil Pai Fong Wang dan suplemen yang lain.

Pengarah Pemasaran dan Jualan Ecolite, Encik Steve Lim, menjelaskan pada majlis pelancaran produk itu bahawa Ecolite berhasrat untuk mengeluarkan produk berkhasiat dan semula jadi agar orang ramai dapat meningkatkan tahap kesihatan dan menikmati kehidupan yang seimbang dan harmoni. Sehingga hari ini, hasrat ini tidak pernah berubah. Beliau menegaskan bahawa Ecolite berharap dapat berkongsi keberkesanan produk kesihatan syarikat itu dengan orang ramai melalui kedai fizikal dan kedai atas talian dan pada masa yang sama melalui pengedar luar negara terus kepada seluruh pelusuk dunia. Pada masa hadapan, pembangunan produk kami akan menumpukan pada produk berkhasiat dan fokus mengikut kumpulan pengguna seperti lelaki dan wanita, dewasa dan kanak-kanak.


Duta jenama Ecolite, Norman Hakim berkata dalam sidang akhbar bahawa dia berbesar hati untuk menjadi duta bagi produk Ecolite Waist Tonic. Katanya, sebagai selebriti, kerjanya memerlukan beliau untuk bekerja dalam masa yang panjang dan waktu yang tidak boleh dijangka. Apabila pulang ke rumah, beliau memainkan peranan sebagai bapa dan suami. Sebelum mengamalkan Ecolite Waist Tonic, dia sering mengalami sakit belakang, sakit pinggang dan lutut. Keadaan ini telah memberi kesan kepada kehidupan seharian.

“Saya menerima untuk menjadi duta jenama produk ini kerana saya telah mengambil tonik ini untuk masa yang lama. Bukan sahaja sakit pinggang dan lutut saya bertambah baik, malahan tenaga keseluruhan saya juga meningkat dengan ketara. Kini, saya membawa Ecolite Waist Tonic dengan saya setiap hari, dan saya sangat mengesyorkannya kepada saudara-mara dan rakan-rakan”.

No Comments

    Leave a Reply