Metrojaya, gedung beli-belah terkemuka di Malaysia, telah membuat kejutan istimewa khas untuk para peminat dengan pelancaran PLAY LINE FRIENDS. Populariti jenama karakter ini semakin meningkat di seluruh dunia dan kini, pengunjung Metrojaya Mid Valley di Kuala Lumpur dapat menikmati pengalaman
membeli-belah yang luar biasa ini sehingga 5 Februari 2023!


Mulai 18 November 2022, kedai pop-up itu akan dipindahkan ke tingkat dua Metrojaya di mana ia akan menawarkan ruangan yang lebih besar berserta dengan lebih banyak variasi barangan PLAY LINE FRIENDS untuk dipilih! 50 pelanggan pertama yang singgah di kedai pop-up PLAY LINE FRIENDS Metrojaya akan membawa pulang kertas pembalut PLAY LINE FRIENDS secara percuma.


Selain itu, bagi menarik minat pelanggan untuk menikmati pengalaman bersama PLAY LINE FRIENDS; Metrojaya akan mengadakan peraduan hingga 30 November 2022 di mana para pelanggan akan berpeluang memenangi beg goodie PLAY LINE FRIENDS bernilai lebih RM300 yang merangkumi beberapa barangan watak-watak terkenalnya seperti BROWN, CONY dan SALLY!


ARMYs juga boleh mendapatkan barangan TinyTAN TIYP yang juga boleh didapati secara eksklusif di tingkat dua Metrojaya mulai 18 November 2022 – membawakan avatar menawan yang diolah oleh salah
satu kumpulan K-pop terkenal dunia, BTS (Bangtan Sonyeondan)!

Source: Amy Sussman/Getty Images


Sejak penubuhannya pada tahun 1976, Metrojaya terkenal dengan jejak mereka yang melangkaui jangkaan dengan penyediaan produk dan servis berkualiti untuk memastikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk semua. Kali ini, Metrojaya juga akan menampilkan barangan BT21 terutamanya untuk para ARMY di Kuala Lumpur supaya mereka berpeluang mendapatkan karakter yang sangat dicari-cari iaitu, RJ, KOYA, CHIMMY, TATA, COOKY, SHOOKY, MANG dan VAN.


Kedai pop-up ini akan menawarkan pelbagai barangan untuk dipilih termasuk alat tulis, patung mainan, aksesori dan banyak lagi. ARMY juga boleh mendapatkan belon, beg plastik atau kertas pembalut percuma dengan had pembelian minimum tertentu.


Sertai kami di Metrojaya Mid Valley Megamall untuk pelancaran kedai pop-up PLAY LINE FRIENDS &
BT21! Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *