Pada 23 Julai 2022, Wardrobe, dikenali sebagai jenama busana lelaki premium tempatan, telah menampilkanepisod terakhir dari siri koleksi trilogi yang dinamakan ACME SOCIETY di Mercedes Benz Fashion Week 2022. Sebagaimana dijanjikan, Fang Heng, selaku Ketua Pegawai Eksekutif bagi Wardrobe, bersama pasukannya telah mempersembahkan sebuah koleksi yang bukan sahaja berjaya mengenengahkan DNA jenama tersebut yang lahir dari generasi artisan yang mahir di dalam pembuatan busana lelaki, tetapi hadir di dalam jiwa yang moden dan bertepatan dengan kehendak generasi ini yang semakin sofistikated di dalam pemilihan.

Sebanyak 30 persalinan (looks) telah dikurasikan khas dan ditampilkan hebat oleh Wardrobe di dalam koleksi ACME SOCIETY. Setiap satu daripadanya membawa mesej bagaimana jenama tersebut kini melalui satu transformasi ke arah fasa yang lebih matang, bukan sahaja dari perspektif gaya tetapi juga pemikiran. “Koleksi ini memperkukuhkan lagi keunikan Wardrobe dan ianya direkacipta agar dapat diubah untuk menepati citarasa serta gaya individual bukan sahaja para klien kami tetapi juga setiap audiens di luar sana yang mementingkan penampilan diri. Ini adalah ‘benchmark’ baru bagi Wardrobe di mana kami mengubah parameter dan limitasi kepada satu peringkat permulaan penciptaan gaya unik seseorang. Sebagaimana nama ACME SOCIETY itu sendiri, koleksi ini ditujukan khas buat semua ahli masyarakat yang prolifik dan peka dengan situasi semasa. Dapat juga dilihat bahawa terdapat kekaburan pada garisan yang menjadi penanda aras di antara gaya mewah dan gaya jalanan yang lebih kasual. Tetapi apa yang masih diiutamakan adalah teknikaliti di dalam pembuatan, penggunaan warna dan kepelbagaian siluet justeru menjadikan koleksi ini amat versatil,” jelas Fang Heng.

Dibahagikan kepada tiga segmen, koleksi ACME SOCIETY oleh Wardrobe menampilkan rona tanah, seleksi skala kelabu, corak fesyen yang pelbagai, daripada kotak ‘glen’ sehinggalah ‘plaid’ dan jaluran, pemilihan ‘outerwear’ yang ranggi dan ringan bersesuaian dengan cuaca tropika namun boleh dijadikan ‘staple’ oleh sang pengembara; dan diakhiri dengan sentuhan fesyen yang ‘vibrant’ dan berani dengan rona gelap seperti merah hati, ‘burgundy’ dan hitam.

“Penggunaan pelbagai material dan teknik telah melahirkan estetika yang mudah dikenali tetapi agak ‘cutting edge’ kerana pertindihan yang disengajakan. Persembahan kami kali ini terasa lebih bebas dengan idea yang lebih jelas. Kekuatan jenama ini kami gunakan untuk menghasilkan busana yang berkualiti tinggi namun kami sama sekali tidak membenarkan faktor tersebut menjadi penghalang kepada kami untuk berkarya”, tegas Fang Heng lagi menutup bicara.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.wardrobe.com.my

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *