Menu
Gaya & Culture

TUKANG— FESTIVAL REKABENTUK DAN KRAF 2022

Selangor Adalah pusat bagi bakat-bakat kreatif yang telah mencipta nama di luar negara. Menyedari impak bakat kreatif dalam membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat; Negeri Selangor, melalui
agensi pelancongan rasminya, Tourism Selangor akan menganjurkan TUKANG—Festival Rekabentuk dan Kraf 2022 dari 22 hingga 27 November 2022 di Galeri Shah Alam.


Penganjuran Suzy Sulaiman dari Fakulti Kreatif dan Multimedia, Universiti Multimedia, acara ini akan meningkatkan lagi imej Galeri Shah Alam dan Taman Tasik Shah Alam sebagai tarikan pelancong. Festival TUKANG menjangkakan 5,000 pengunjung dari dalam dan luar negara, dengan pelbagai aktiviti dan program pendidikan seperti Pameran Inovatif, Bengkel Seni, Ceramah Rekabentuk, Bazar Seni Pop Up & Kraf, Persembahan Muzik, dan Pameran Pitching Pelancongan Selangor.


Festival ini menyerlahkan pereka dan artis yang inovatif melalui anugerah geran awam. Geran bernilai RM 10,000 telah diberi kepada enam rekabentuk pemenang dan diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyiapkan projek mereka. Antara projek kraftangan yang akan dibentangkan ialah; A Piece of Kampung oleh Leon Leong dan Hani Ali, Tepak Ulam oleh Warenakita, Re: Vision oleh Gwyneth Jong dan Maisarah Lubis, ‘Mok’ Pod oleh Gharib+Batiktektura, Sustainable Innovation Batik Alternative Tool oleh Ecovs dan T.I.K.A.R. oleh Inside RG.

Negeri Selangor sentiasa berinovatif dalam mempromosikan tarikan pelancong yang berpotensi, terutamanya dalam merealisasikan misi membangunkan Selangor sebagai Hab Industri Kreatif. Ini selaras dengan kempen pelancongan domestik Selangor, Pusing Selangor Dulu! Idea inovatif daripada bakat-bakat kreatif ini boleh digunakan dalam pembangunan produk yang terdiri daripada industri fesyen, perabot dan
makanan yang berpotensi menjadi tarikan pelancongan.


TUKANG—Festival Rekabentuk dan Kraf 2022 yang julung kalinya dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama khas bersama Rantai Art akan membawakan kumpulan seni tempatan dan muzik indie bagi persembahan sepanjang Festival TUKANG diadakan, seperti Couple, Acap Loko, Heidi Moru, dan Maple sambil menampilkan pelbagai vendor termasuk kopi, makanan ringan, pastri, seni dan kraf.


Orang ramai dijemput hadir ke TUKANG—Festival Rekabentuk dan Kraf 2022 untuk berinteraksi dengan pereka dan artis kraf sepanjang Festival ini berlangsung seperti bengkel seni, pembentangan dan bazaar seni untuk pengalaman yang lebih mendalam tentang dunia seni dan kraf. Untuk butiran lanjut, sila lawati media sosial rasmi Tourism Selangor di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk informasi terkini.

No Comments

    Leave a Reply