Menu
Gaya & Culture

5 PUSAT BELI-BELAH DI NEGERI SELANGOR
DENGAN DEKORASI MERIAH BERTEMAKAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA!

Dekorasi di Pusat Beli-belah bukanlah sesuatu yang asing, khususnya bila tiba musim perayaan. Pusat Beli-belah di Negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2022 dengan pelbagai dekorasi menarik. Sekiranya anda memilih untuk “Pusing Selangor Dulu”; di sini disenaraikan 5 pusat beli-belah di Negeri ini untuk orang ramai kunjungi, dan hargai usaha di sebalik setiap hiasan yang ditampilkan!

1) 1 Utama Shopping Centre

Masuki tahun harimau dengan menghasilkan cerita anda yang tersendiri berlatarkan “Teochew Town” di Centre Court, Tingkat G, 1 Utama Shopping Centre. Diinspirasikan oleh senibina dari Guangdong, China, astana bercirikan oriental dengan ketinggian 30 kaki ini pasti akan membangkitkan mood “xin nian” anda. Nikmati saat ini dengan mengabadikan seleksi gambar di sini! Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/1Utama/

2) Sunway Pyramid


Lion, ikon Sunway Pyramid, menyambut perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dengan 100 Blessings! Dengan tahun harimau, Lion kembali berpegang kepada nilai kekeluargaan dengan elemen 福 (Fú). Temui Lion sekarang di Sunway Pyramid dan jangan lupa untuk adakan sesi fotografi di sini! Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/sunwaypyramid


3) Setia City Mall


Langkah masuk ke taman yang serba mempesona; “Garden of Dreams” di Setia City Mall. Terdapat juga menara Pagoda setinggi 8 kaki dikelilingi pohon bunga sakura yang mekar hingga ke kawasan penempatan “harimau”. Jangan lupa untuk ambil gambar di sini dan sertakan tandapagar #SCMCNY2022 untuk peluang disiarkan di laman media sosial rasmi mereka!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/setiacitymall/

4) Central I-City


Central i-City bersedia untuk “mengaum” dengan pengenalan “The Great Tiger Power” sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022. Dengan dekorasi yang diinspirasikan oleh artis / pelukis ilustrasi dari Thailand, Phannapast – tekan sahaja butang kamera anda! Hadir ke Tingkat G, Central i-City bersama rakan dan keluarga anda sekarang! Untuk makluma lanjut, layari https://www.facebook.com/centralicity

5) Mitsui Outlet Park KLIA Sepang


Berkumpullah bersama rakan dan keluarga dengan dimeriahkan oleh dekorasi “Blooming Prosperity” di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena Tahun Baru Cina ini! Dengan deretan outlet jenama mewah menawarkan diskaun yang sangat menarik, apa kata anda singgah dan ‘cuci mata’ semasa kunjungan anda ke sini! Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/MOPKLIA

Senarai Pusat Beli-belah di Negeri Selangor ini tenunya mampu membangkitkan suasana perayaan, tambah lagi bersempena tahun harimau unuk sambutan Tahun Baru Cina 2022! Kunjungi senarai di atas bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda dan jangan lupa untuk mengambil gambar! Disamping itu, adalah diingatkan kepada setiap pengunjung untuk mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pengunjung harus mendaftar masuk ke setiap premis, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap dan memakai pelitup muka pada setiap masa di tempat awam. #PusingSelangorDulu!

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

No Comments

    Leave a Reply