Tersemat gah di kota Medan, di Indonesia, hotel Grand Mercure Maha Cipta Medan Angkasa adalah sebuah hotel mewah bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu hotel terbaik di kota tersebut, Grand Mercure Maha Cipta Medan Angkasa mampu membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama Mercure merupakan salah satu jenama hotel yang sangat popular di bawah kumpulan hotel Accor.

Terletak di tengah pusat kota Medan, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Tidak jauh dari kawasan pusat perniagaan serta komersial, ia juga mudah dijangkau berkat aneka pengangkutan awam yang ada di kota ini. Malah jangka masa dari stesen kereta api Medan ke hotel ini hanya memakan masa tidak sampai 10 minit dengan menaiki kereta.

Ini memudahkan para tamu yang ingin menuju ke Lapangan Terbang Kuala Namu kerana stesen kereta api tersebut menghubungkan kota Medan dengan lapangan terbang. Waktu perjalanan dari kota Medan ke lapangan terbang Kuala Namu hanya memakan waktu sekitar 30 minit sahaja dengan menaiki kereta api. Ini benar-benar memudahkan pelawat yang berkunjung ke Medan.

Grand Mercure Maha Cipta Medan Angkasa juga mudah diingati kerana senibina bangunannya yang gah dan cantik. Pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan bentuk hotel ini.

Berbekalkan bilik-bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota Medan yang tidak kurang hebatnya dari jendela bilik di tingkat atas.

Dilengkapi dengan sebuah restoran yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat, hotel ini juga menampilkan kelainan buat para tamu yang ingin menjamu selera sewaktu sarapan.

Ini kerana sarapan mereka disajikan dalam konsep terbuka bersebelahan kolam renang hotel tersebut. Dengan barisan gerai-gerai kecil di sebelah kolam renang, para tamu akan merasa suasana seperti berada di sebuah pasar makanan tempatan. Ini dimeriahkan lagi dengan hiasan arca sebaik sahaja ingin melangkah ke kawasan sajian makanan.

Jangan lupa juga mencuba hidangan khas mereka berupa sajian tradisional enak seperti Ayam Natinombur dan Daun Ubi Tumbuk. Buat pencinta kopi pula pastikan anda mencuba kopi ‘Joss’ yang menggabungkan ramuan arang dengan kopi yang mampu menghasilkan rasa yang luar biasa!

Semestinya, ia turut dilengkapi dengan sebuah gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa hotel ini wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu besar.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Grand Mercure Maha Cipta Medan Angkasa.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *