[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.27.4″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”]

Bersempena bulan Ramadan tahun ini, pihak Tourism Selangor menyenaraikan 10 masjid terindah yang boleh anda kunjungi di seluruh Selangor sepanjang bulan mulia ini.

1) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid yang gah ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam. Turut dikenali sebagai ‘Masjid Biru’, ianya mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalaman yang menakjubkan.

Tambahan pula, ianya merupakan masjid terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah ikon pelancongan utama di negara ini. Masjid dengan kubah berwarna biru ini terletak indah di sebahagian Tasik Raja Lumu.

2) Masjid Puncak Alam

Masjid Puncak Alam merupakan masjid pertama dan terbesar di Bandar Puncak Alam. Masjid yang mempunyai keluasan 9.5 ekar ini boleh memuatkan sekitar 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan telah dirasmikan pada 10 Julai 2015.

Masjid ini juga dilengkapi dengan kemudahan yang menarik seperti dewan serbaguna, bangunan pentadbiran dan kelas, bilik pengurusan jenazah dan banyak lagi.

3) Masjid Sultan Abdul Samad

Masjid ini terletak di daerah Sepang dan boleh dilihat semasa perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Masjid Sultan Abdul Samad juga dikenali sebagai Masjid KLIA bagi pelancong dan ia didirikan bersempena pembinaan KLIA pada tahun 2000.

Salah satu ciri binaan yang menarik kehadiran pelancong singgah ke sini ialah, reka bentuknya yang menampilkan konsep seni bina Arab klasik dengan kubah utama dan bumbung berbentuk rata.

4) Masjid Diraja Sultan Suleiman

Masjid Diraja Sultan Suleiman ini telah dibina pada era 1930-an dan telah dirasmikan oleh Sultan Alauddin Shah pada tahun 1932. Ia terletak di Daerah Klang dan mampu memuatkan seramai 1,200 orang jemaah.

Mempunyai seni bina yang sangat unik bercirikan seni bina Monghul, ianya memberikan elemen Islamik dan katedral neoclassical.  Ditutup sementara pada tahun 2015 untuk proses penambahbaikan dan kembali beroperasi pada tahun 2017 dengan kemudahan yang lebih efektif, masjid ini kekal menjadi tumpuan pelancong dan warga Klang.

5) Masjid As-Salam

Pasti terkesima dibuatnya apabila melihat Masjid As-Salam, yang terletak di Taman Puchong Perdana. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung, ianya satu-satunya masjid terapung yang terdapat di negeri Selangor buat masa ini. Masjid ini telah dirasmikan pada 8 Disember 2006 dan dibina berlatar-belakangkan taman dan tasik.

6) Masjid Tengku Ampuan Jemaah

Masjid Tengku Ampuan Jemaah ini pula terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Ianya merupakan Masjid negeri yang kedua di Selangor selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dibina pada tahun 2010 and sempurna dirasmikan pada tahun 2013, masjid yang dihiasi dengan tulisan ayat suci Al-Quran di bahagian luar ini mempunyai binaan rekaan seni bina Islam Timur Tengah tradisional yang menarik bermula dari kubah, menara sehinggalah ke ruang solat.

7) Masjid Raja Haji Fi Sabilillah

Masjid yang dirasmikan pada 22 Jun 2016 ini menjadi masjid pertama di Malaysia yang mendapat penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah ini terletak di Cyberjaya dan mempunyai reka bentuk yang menerapkan elemen mesra-alam dalam pembinaannya.

Ianya menggunakan teknologi hijau seperti panel solar, tadahan hujan dan banyak lagi. Masjid yang sangat cantik ini mempunyai konsep taman Islamik di perkarangannya.

8) Masjid Ara Damansara

Masjid Ara Damansara yang terletak di Ara Damansara mempunyai keluasan 6 ekar serta boleh memuatkan 1,500 orang jemaah pada satu-satu masa. Ianya berkonsepkan Green Building Index.

Mula beroperasi pada 29 Januari 2015, masjid ini turut menampilkan konsep islamik urban yang menarik. Terdapat juga taman permainan mini dan ruang rehat sebagai kemudahan dalam kawasan untuk dinikmati oleh pengunjung.

9) Masjid Jamek Ar-Rahimah

Masjid Jamek Ar-Rahimah merupakan masjid yang terletak di Daerah Hulu Selangor. Masjid yang tersergam indah ini sering menjadi tempat persinggahan para pengembara sebelum ke Fraser Hills.

Dirasmikan pada 1 November 2002, masjid ini mampu menampung seramai 3,500 orang jemaah pada satu-satu masa. Seni bina masjid ini berlandaskan konsep Inggeris klasik dengan dilengkapi minaret yang tinggi dan indah di bahagian luar masjid.

10) Masjid Diraja Sultan Ala’eddin

Dibina pada sekitar tahun 1900 dan dirasmikan pada 18 Jun 1924, masjid bersejarah ini terletak di Pekan Banting, sekitar 200 meter dari Istana Bandar. Dek itulah ia juga dikenali sebagai Masjid Bandar.

Biarpun telah berusia lebih 100 tahun, struktur masjid bersejarah ini yang masih gah berdiri sehingga ke hari ini. Reka bentuk masjid ini mempunyai ciri-ciri kesenian kaum India-Muslim dan masyarakat Islam dari negara Timur Tengah.

Masjid di Selangor tidak hanya menjadi tumpuan pada musim perayaan sahaja, namun ianya sentiasa mengalu-alukan kehadiran umat Islam untuk menunaikan ibadah, serta kehadiran orang awam untuk tujuan pelancongan.

Pada masa kini, jumlah kapasiti jemaah di masjid adalah dihadkan mengikut garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Namun, jika anda berkesempatan untuk mengunjungi masjid-masjid ini, pastikan anda mendaftar masuk dengan aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”, menjaga penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi memastikan kesejahteraan umum.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *