Bersempena bulan Ramadan tahun ini, pihak Tourism Selangor menyenaraikan 10 masjid terindah yang boleh anda kunjungi di seluruh Selangor sepanjang bulan mulia ini.
Di kala industri pelancongan perlu sedia menangani impak pandemik Covid-19, Selangor memperkukuhkan status sebagai destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia dengan seleksi produk pelancongan baharu yang berpotensi menggamit kedatangan pelancong.