Fahrenheit88 meraikan sambutan Aidilfitri tahun ini bertemakan ‘Rimbunan Raya’. Pusat beli-belah ini dimeriahkan dengan dekorasi yang menarik dengan hiasan lampu perayaan dan dikelilingi oleh pokok hiasan di Atrium, Ground Floor.
Selain itu, pengunjung juga disajikan dengan Bazaar Raya yang mempunyai pelbagai jenis pilihan cenderahati yang menarik serta kuih dan biskut raya yang beraneka jenis sehingga 31 Mei 2021.
Kolaborasi hebat antara Fahrenheit88 dan Belokal dalam menjayakan ‘Sama-Sama Raya Bazaar’ menampilkan lebih 20 gerai yang mempamerkan pelbagai pilihan produk tempatan menarik.
Antaranya adalah barangan fesyen terkini, aksesori buatan tangan, beg tote, sabun, kasut, pelitup muka, penanda buku, serta banyak lagi. Jangan lupa singgah ke ‘Kriup Kriup Kuih Bazaar’ yang terletak di aras 2 yang turut menyajikan pelbagai jenis makanan kudapan lokal seperti snek ringan dan juga biskut untuk memenuhi selera manis anda.

Dengan semua pilihan yang tersedia di Fahrenheit88, mana mungkin anda tidak menemui sebarang bingkisan raya untuk dihadiahkan kepada keluarga dan sahabat tersayang. Raikan bersama dengan pelbagai tawaran perayaan yang menarik di Afternoon, Aldo, Bookxcess, The Body Shop, Carlo Rino, Celebrity Fitness, Curiosity, Eye Tech, Feith, Leather Avenue, MR DIY, Pandora dan Skechers.
Tambah menarik, pengunjung boleh menebus ganjaran yang menarik menerusi ‘Lucky Raya Rewards’ yang berlangsung sehingga 31 Mei 2021. Apa yang perlu anda lakukan ialah, berbelanjalah minima RM100 dalam satu resit di Fahrenheit88. Terhad kepada dua pembelian setiap hari.
Satu lagi tawaran yang mesti direbut ialah, ‘Fahrenheit88 Special Raya Cookies’ yang hanya berharga RM1 apabila anda berbelanja minimum RM150 dalam satu resit. Terhad kepada satu pembelian setiap hari, sementara stok masih ada.
Penebusan ganjaran ini boleh didapati di aras 2, Fahrenheit88, 2 nd Floor. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rimbunan Raya, kunjungi laman Facebook Fahrenheit88 di https://www.facebook.com/Fahrenheit88/, akaun Instagram di https://www.instagram.com/fahrenheit88/ atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan Fahrenheit88 di 03-2148 5488.

