Menu
Check-In

Jom Staycation 26 Jam di Dorsett Grand Subang

Hujung minggu kini tidak lagi seperti dulu, terutamanya untuk mereka yang kaki jalan. Maklumlah, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan.

Well, mungkin boleh staycation di mana-mana hotel untuk lepaskan gian bercuti. Untuk anda yang duduk berhampiran Subang atau sedaerah, mungkin boleh mempertimbangkan Dorsett Grand Subang untuk destinasi staycation anda.

Hotel bertaraf lima bintang ini punya dua promosi menarik untuk dinikmati oleh setiap tetamu.

Promosi yang pertama ialah, 26-hour Full Stay (#Dorsett26hours). Ini bermakna anda layak menginap sehingga 26 jam dan tidak perlu mengikut polisi daftar masuk dan daftar keluar yang biasanya ditetapkan oleh pihak hotel.

Sebaliknya waktu daftar masuk dan daftar keluar adalah fleksibel. Dengan kata lain, ia terpulang kepada anda. Contohnya, jika jika anda memilih untuk daftar masuk pada jam 8.00 malam, anda boleh daftar keluar pada jam 10 malam keesokkan hari. Menarik bukan?

Jadi bagaimana hendak dapatkan promosi hebat ini?  26-hour Full Stay (#Dorsett26Hours) ini ada syarat-sayarat yang perlu dipatuhi iaitu tempahan mestilah melalui laman web rasmi hotel, https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-grand-subang/index.html dan tempahan mestilah dibuat 72 jam sebelum tarikh daftar masuk.

Promosi kedua yang boleh dinikmati ialah Dorsett 3 Wishes Package ( #Dorsett3Wishes) di mana semua tetamu yang membuat tempahan secara dalam talian (online) boleh memilih tiga permintaan untuk ditunaikan.

Berikut adalah enam pilihan yang ada :-

1) Percuma Sarapan pagi untuk 2 orang di Terazza Brasserie (setiap hari)

2) Percuma naik taraf bilik ke bilik Deluxe untuk setiap penginapan

3) Percuma perkhidmatan menggosok 2 helai pakaian untuk setiap penginapan

4) Percuma satu hidangan Dorsett Mocktail untuk 2 orang dari jam 5.00 petang  hingga jam 8.00 malam di Piano Lounge

5) Percuma sebekas Dorsett Signature Cookies untuk setiap penginapan

6) Percuma perkhidmatan isian Minibar untuk setiap penginapan (mesti menginap sekurang-kurangnya 2 malam)

Jadi apa pendapat anda tentang kedua-dua promosi ini? Berbaloi bukan? Promosi ini juga boleh dinikmati di semua rangkaian hotel Dorsett. Jadi, jika ada berdekatan dengan anda, bolehlah ambil kesempatan yang ada.

Sedikit info tentang Dorsett Grand Subang, hotel ini mempunyai 478 buah bilik dan suite yang boleh di tempah seperti Dorsett Room, Deluxe Room, Club Room dan Junior Suite. Setiap bilik dihias dengan warna-warna neutral, serta mempunyai penghawa dingin dan TV skrin rata.

Setiap tetamu boleh menggunakan telefon pintar , ‘Handy’ untuk akses internet serta membuat panggilan percuma ke negara-negara terpilih. WiFi percuma juga boleh diakses di setiap penjuru hotel ini.

Dorsett Grand Subang hanya 25 km dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 32 km dari Putrajaya. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah hanya 10 km dari hotel ini, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berada sejauh 44 km.

No Comments

    Leave a Reply