Tersergam indah di kota penuh sejarah Yogyakarta di Indonesia, hotel THE 1O1 Yogyakarta Tugu adalah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu hotel terbaik di kota tersebut, hotel ini mampu membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama 1O1 memang salah satu jenama hotel tempatan yang sangat popular di Indonesia.

Terletak di tengah pusat kota Yogyakarta berdekatan Jalan Malioboro, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan pusat perniagaan serta komersial, ia juga mudah dijangkau berkat aneka pengangkutan awam yang ada di kota ini.

Jangka masa dari Stesen Kereta Api Yogyakarta tidak sampai 10 minit dengan menaiki kereta dan stesen kereta api itu juga menghubungkan kota Jogja dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulon Progo , yang menjadi lapangan terbang utama ke kota ini. Perjalanan menaiki keretapi ekspres dari lapangan terbang ke stesen utama Jogja juga tidak sampai 40 minit!

Hotel ini juga mudah diingati kerana senibina bangunannya yang gah dan cantik selain kedudukan di pusat kota. Pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan seni rekanya yang unik.

Berbekalkan bilik-bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas.

Dilengkapi dengan sebuah restoran bernama Kalasan yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat, hotel ini juga menampilkan Pink Elephant Lounge buat para tamu yang ingin menikmati hiburan dan minuman.

Semestinya, hotel ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga majlis seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Buat yang suka memanjakan diri, singgah ke Atma spa mereka untuk pelbagai rawatan urutan termasuk yang menenangkan.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa hotel ini wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu besar.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang The 1O1 Yogyakarta Tugu.

Share:
,
You may also like
Latest Posts from Travellah