Bagi yang suka berwisata ke negara jiran Indonesia, Bandung merupakan satu destinasi yang mudah dituju dari kota Jakarta kerana ia hanya mengambil masa sekitar tiga jam perjalanan dengan menaiki kereta api dari Jakarta. Andai tercari-cari tempat penginapan yang menepati suasana percutian berkeluarga atau bersama kawan-kawan di bandaraya itu, eL Hotel Bandung adalah pilihan yang sangat sesuai.
Terletak di kawasan pusat Bandung, hotel ini memang sering menjadi pilihan mereka yang ingin menginap di kawasan utama. Ini kerana lokasinya sangat strategik dan susah untuk dinafikan. Hotel ini terletak berdekatan beberapa daerah popular Bandung. Antaranya adalah Jalan Braga yang terkenal dengan aneka tempat makan, seni jalanan dan banyak lagi.
Hotel ini juga sesuai sebagai penginapan kerana perkhidmatan peribadi yang disediakan. Ini terlihat dengan layanan para pekerja yang sangat peka, teliti dan peramah.
Lebih menarik adalah pilihan jenis-jenis penginapan yang ditawarkan. Jenama el hotel memang terkenal sebagai penginapan berkonsepkan hotel dan juga bilik-bilik seperti pangsapuri mewah.
Unit-unit ini datang dengan berbagai pilihan, ada yang datang dalam bentuk bilik asas dan ada juga berbentuk studio, suite dengan satu, dua dan tiga bilik tidur selain dapur kecil, ruang tamu dan juga ruang makan. Ditambah lagi dengan TV layar leper di setiap bilik, kemudahan yang ditawarkan benar-benar mirip seperti di hotel lima bintang. Perbezaannya hanyalah jumlah bilik yang lebih banyak dan ruang yang lebih luas. Selain itu setiap unit ini mempunyai sambungan internet wi-fi untuk kemudahan para tamunya. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk tamu yang berkunjung.
Apatah lagi terdapat kemudahan lain seperti gimnasium untuk beriadah, spa untuk memanjakan diri, serta kolam renang dan juga taman permainan untuk kanak-kanak buat anak-anak meluangkan masa. Ini semua menjadi sebab kenapa penginapan ini menjadi pilihan.
Sudah tentu, aneka pilihan makanan enak yang disajikan di restoran Pakuan Cafe mereka juga menjadi sebab lain kenapa ia sesuai untuk diinap. Pendek kata semuanya ada di sini.
Dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang diberikan, penginapan di sini memang amat berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dan nikmatilah percutian bersama orang tersayang anda di eL Hotel Bandung sekiranya berkunjung ke Bandung!
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang mereka di sini