Jika anda sedang mencari penginapan untuk bermalam di Klang, mungkin anda boleh pertimbangkan Premiere Hotel Klang. Sama ada untuk urusan kerja mahupun menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga, Premiere Hotel menjanjikan pengalaman menggembirakan

Terletak di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi 1, hotel ini menawarkan penginapan dengan dekorasi moden untuk  250 buah bilik dan suite. Setiap bilik punya akses Wifi percuma serta lengkap dengan peralatan moden lain. Satu lagi kelebihan Premiere Hotel ialah kedudukan lokasinya yang berhampiran dengan tiga pusat membeli-belah terkenal.

Pertama, GM Klang Wholesale City hanya terletak 2.1 kilometer dari hotel ini. Jadi, jika anda gemar membeli-belah pada harga menguntungkan,  hotel ini pilihan yang tepat.

Kedua, pasaraya terkenal Tesco boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki. Jadi jika tidak mahu menjamah makanan di hotel, boleh bawa keluarga anda untuk menjamu selesa di pelbagai outlet makanan di Tesco.

Ketiga, pusat beli-belah AEON Mall Bukit Tinggi juga hanya berdekatan, iaitu kurang dari 10 minit memandu. Jadi tepuk dada, tanya selera.

Bercerita tentang bilik-bilik yang tersedia, terdapat enam jenis penginapan yang boleh dijadikan pilihan iaitu Superior, Deluxe, Grand Deluxe , Executive, Grand Executive  dan Perdana Suite. Setiap bilik punya keluasan yang sangat baik. Tidak perlu berlaga bahu dengan teman sebilik biarpun hanya menempah bilik Superior.

Bagi yang mendambakan sebuah pengalaman dalam suasana mewah, bilik Grand Executive dan Perdana Suite merupakan pilihan terbaik. Lebih-lebih lagi jika percutian itu untuk meraikan hari-hari istimewa seperti ulangtahun perkahwinan, harijadi si dia mahupun kenaikan pangkat pasangan.

Bilik Grand Deluxe dengan dekorasi bulan madu
Perdana Suite

Selain menghabiskan masa dengan membeli-belah, anda juga boleh mengisi masa terluang di hotel ini dengan berenang di kolam renang  yang terletak di tingkat 1 hotel ini.  Kolam renang dibuka dari jam 7.00 pagi hingga jam 8.00 malam.

Jika ingin memanjakan diri, panjangkan langkah anda ke spa Nature Sense of Wellness yang juga terletak di tingkat yang sama.  Pilihlah rawatan yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Dapatkan nasihat daripada kakitangan spa yang terlatih supaya mereka boleh menyarankan rawatan yang paling tepat.

Buat yang mementingkan kesihatan badan, jangan bimbang tentang kemudahan senaman di sini. Pusat kesihatan (gym) beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Tawaran Merdeka

Ketika ini, anda boleh merebut dua tawaran menarik dari Premiere Hotel Klang iaitu Stay Safe Promotion dan Cuti-cuti Merdeka Promotion.

Untuk Stay Safe Promotion, harga bilik bermula dari RM168 bersih dan ianya sah sehingga penghujung Ogos ini. Manakala unttuk Cuti-Cuti Merdeka Promotion, dengan harga RM358 bersih, anda boleh menginap di sini untuk 3 hari 2 malam untuk dua orang.

Pakej ini juga melayakkan anda mendapat pelbagai kelebihan lain seperti sarapan pagi percuma untuk dua orang, daftar masuk seawal 12.00 tengahari, naik taraf percuma ke bilik Superior Triple, dan diskaun 20% untuk makanan dan minuman.

Tawaran ini boleh ditempah sehingga 15 Ogos untuk penginapan dari 29 hingga 31 Ogos 2020.

Untuk maklumat lanjut dan tawaran terkini anda boleh melayari lawan sesawang rasmi hotel ini di https://www.premiere-hotels.com/

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *