Menu
Check-In

Raikan Tahun Baru Bersama-sama OYO Hotels & Homes Dengan Harga Berpatutan!

Sambut ketibaan tahun baru di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia tanpa perlu berbebelanja besar

2019 akan tirai dan dekad yang baru akan bermula tidak lama lagi, ramai di antara kita akan merancang untuk berkunjung ke bandar-bandar utama di Malaysia bagi meraikan ketibaan tahun baru bersama-sama teman, ahli keluarga atau insan yang teristimewa. Kebiasaannya keadaan di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu pasti akan bertambah sesak apabila orang ramai mula berpusu-pusu menanti detik tengah malam tahun baru. Oleh itu orang ramai dinasihatkan untuk datang seawal yang mungkin dan pulang lewat bagi mengelak daripada terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Apa kata kalau anda bermalam sahaja di bandar-bandar utama berkenaan, berhampiran tapak pesta sambutan tahun baru? OYO Hotels & Homes, rantaian hotel nombor satu di Malaysia dan rantaian hotel kedua terbesar serta paling pesat berkembang di dunia sedia membantu. OYO memiliki lebih 16,000 bilik yang melibatkan lebih 450 hartanah yang terletak di bandar-bandar di seluruh negara, termasuklah bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Mudah lagi senang

Ramai yang menanti-nantikan perayaan tahunan ini yang diraikan dengan pelbagai acara sambutan, pesta dan pertunjukan bunga api di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Tarikan untuk menyambut ketibaan tahun baru secara gilang-gemilang bukanlah sesuatu yang baru, begitu juga dengan keadaan jalan raya yang semakin sesak saban tahun kerana semakin ramai orang ingin menyertai sambutan ini. Pastinya orang ramai akan tertumpu di destinasi-destinasi popular berikut di seluruh Malaysia bagi menyaksikan pertunjukan bunga api dan menyambut ketibaan 2020.

Kuala Lumpur – Taman KLCC

Image credit: NST.com.my

Setiap tahun, Taman KLCC akan bergegar dengan pertunjukan bunga api dan konsert terbuka artis-artis kegemaran Malaysia sebagai sebahagian daripada acara sambutan besar-besaran sementara menunggu detik tengah malam tahun baru. Terdapat juga pelbagai penghibur jalanan yang membuat persembahan di sekitar kawasan tersebut, yang mengambil peluang untuk menunjukkan bakat mereka kepada orang ramai. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bagaimana mereka memukau orang ramai dengan bakat yang mereka ada. Jika anda seorang pencinta makanan, anda boleh singgah dan merasai sendiri pelbagai hidangan yang ditawarkan oleh pengusaha trak makanan di ‘Tapak Urban Street Dining’.

Jalan menuju ke KLCC selalunya akan ditutup kepada kenderaan mulai petang sebagai persiapan untuk acara sambutan. Jika anda ingin mencari penginapan mampu milik untuk mengelak kesesakan jalan raya bagi membolehkan anda menyambut ketibaan tahun baru, berikut adalah beberapa pilihan hartanah OYO yang berhampiran dengan Taman KLCC. Lokasi seperti OYO Home 865 Premium 2BR Holiday Place dan  OYO Home 608 Cosy Studio Megan Ambassy terletak kurang 2km dari Taman KLCC. Dengan katil yang selesa sedia menanti anda selepas anda selesai berpesta, anda tidak perlu memandu keluar daripada Kuala Lumpur untuk pulang dalam kepenatan.

 Kuala Lumpur – Bukit Bintang

Image credit: Borneopost Online

Satu lagi lokasi pesta besar-besaran menyambut ketibaan 2020, terletak betul-betul di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang. Jalan Raja Chulan ialah destinasi tumpuan utama bagi mereka yang ingin menyambut ketibaan tahun baru. Di sini anda boleh menari dan menyanyi beramai-ramai sambil sama-sama mengira detik tengah malam!

Hotel seperti OYO 1003 Rich Calton Hotel yang terletak berhampiran Jalan Raja Chulan memudahkan para tetamu berkunjung ke pelbagai tempat makan di sepanjang Jalan Alor selepas selesai berpesta. OYO 561 Ms Bukit Bintang Hotel terletak hanya 500m dari Berjaya Times Square di Kuala Lumpur, dan kurang 20 minit berjalan kaki dari Jalan Raja Chulan. OYO 321 Hotel D’Elegant yang terletak di Jalan Alor juga sangat dekat dengan tapak pesta di tengah-tengah Bukit Bintang.

Kota Kinabalu, Sabah

Image credit: cultureguru.my

Jika anda berkunjung ke Sabah sempena tahun baru ini, salah satu lokasi tumpuan utama sambutan tahun baru di Kota Kinabalu ialah Sutera Harbour Resort. Di sini anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api terhebat dan berwarna-warni sebagai sebahagian daripada acara sambutan tahun baru.

Sebelum menyambut tahun baru, apa kata kalau anda lawati dulu beberapa tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu seperti pergi melawat pulau dan mencuba aktiviti snorkel di Taman Marin Tunku Abdul Rahman atau memandu ke Taman Kinabalu bagi menikmati udara segar kawasan pergunungan. Memandangkan Kota Kinabalu ini kaya dengan khazanah alam semula jadi dari laut hinggalah ke gunung-ganang, ambil peluanglah untuk mencuci mata dan menikmati kehebatan alam semula jadi!

Anda boleh menginap di OYO 777 Epal Hotel  yang terletak 3km dari Sutera Harbour Resort, atau memilih OYO 218 Storytel, sebuah lagi pilihan penginapan berhampiran Sutera Harbour Resort.

 Pulau Pinang

Image credit: onlypenang.com

Di Pulau Pinang, Kompleks Tun Abdul Razak atau KOMTAR pasti menjadi tumpuan untuk menyambut 2020. Adalah boleh memulakan sambutan pra 2020 anda dengan menikmati festival makanan di sepanjang Jalan Campbell dan Jalan Magazine. Anda pasti akan terpesona dengan pelbagai pilihan tempat makan yang disediakan. Di sepanjang jalan berkenaan, anda boleh melihat beraneka lukisan mural yang serba indah serta arca seni logam dan memperagakan OOTD tahun baru anda di dalam media sosial.

OYO 998 Queen City Hotel terletak tidak jauh dari KOMTAR, dengan pelbagai tarikan menarik di sepanjang jalan di kota warisan dunia George Town. Pengunjung juga boleh memilih OYO 89421 Pp Island Hotel yang terletak sangat hampir dengan KOMTAR. Bagi mereka yang ingin mengalami penginapan berilhamkan warisan Pulau Pinang pula boleh mencuba OYO 89481 Rg Heritage Boutique, yang terletak di Jalan Burma.

 Penginapan selesa tanpa kerumitan

Buat tempahan anda sekarang dan rancang sambutan tahun baru anda tanpa perlu risau tentang kesesakan jalan raya atau berjalan jauh ke tempat letak kereta selepas penat berpesta sepanjang malam.

OYO menjanjikan cadar yang bersih dan tempat tidur yang selesa di semua hartanah OYO untuk para tetamu, di mana anda boleh melelapkan mata di atas katil yang bersih dan selesa selepas semalaman berpesta menyambut ketibaan tahun baru bersama-sama rakan anda. Disebabkan hartanah berkenaan terletak berhampiran dengan tempat makanan yang terkenal, tidak sukar untuk anda mencari makan apabila lapar. Semua dekat, dan Malaysia sememangnya terkenal dengan budaya makan 24-jam, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Dengan OYO, anda tidak perlu berbelanja besar untuk menginap di hotel mahal di pusat bandar. Terdapat sebuah OYO untuk semua orang, tidak jauh dari tempat di mana anda berada. Kini, anda juga boleh membayar penginapan di OYO menggunakan GrabPay!

No Comments

    Leave a Reply