oleh Wan Azfarozza Wan Athmar
Rata-rata rakyat Malaysia gemar ke Ho Chi Minh atau dahulunya dikenali sebagai Saigon kerana tarikan utamanya iaitu syurga membeli belah terutamanya bagi mereka yang ingin membeli pakaian dan kain dengan harga yang murah. Namun, terdapat beberapa lagi bandar di Vietnam yang belum sepenuhnya diterokai pelancong. Antaranya ialah bandar Danang yang terletak di pertengahan bandar Hanoi dan Ho Chi Minh.
Bandar yang dahulunya merupakan bekas kem tentera Amerika Syarikat ketika perang Vietnam-US ini merupakan antara destinasi pelancongan utama bagi mereka yang ingin menghabiskan percutian di tepi pantai. Antara pantai yang terkenal di Danang ialah Pantai My Khe dan Lang Co.
Terdapat pelbagai pilihan hotel di sepanjang 30 kilometer pantai Danang namun bagi mereka yang melancong bersama keluarga atau dengan rakan-rakan Ala Carte Hotel adalah pilihan yang bertepatan kerana lokasinya yang strategik iaitu di sepanjang pantai My Khe dan juga hanya beberapa minit berjalan ke bandar Danang. Ruang penginapan yang luas juga amat sesuai bagi mereka yang melancong bersama rakan-rakan dan keluarga.
Nama hotel A La Carte diambil bersempena dengan perkataan Bahasa Perancis yang bermaksud “mengikut menu” di mana hotel ini memberi ruang kepada penginap untuk menambah dan memilih servis yang disediakan mengikut kepada citarasa dan kehendak penginap hotel. Antara servis yang disediakan ialah pakej pelancongan mengikut kepada keperluan keluarga mahupun aktiviti bersama rakan-rakan.
7 jenis bilik penginapan disediakan antaranya Light Studio, Delight Ocean View Apartment, Delight Plus Apartment dan Highlight Plus Apartment. Setiap bilik dilengkapi dengan ruang dapur dan ruang tamu. Ruang bilik yang luas ini memberikan lebih fleksibiliti kepada penginap hotel untuk berehat serta menyediakan sendiri makanan di bilik hotel.
Apa yang menarik di hotel A La Carte ialah kolam renangnya yang dikatakan kolam renang tertinggi di Vitenam. Terletak di aras 24 , kolam renang infiniti ini membolehkan penginap menikmati pemandangan bandar Danang serta persisiran pantai My Khe.
Bagi mereka yang hanya ingin bersantai di hotel ini terdapat 2 buah restoran untuk penginap memilih iaitu Restoran Delicious Café & Bakery dan Fishca Restaurant.
Sekiranya fleksibiliti, lokasi dan ruang yang luas menjadi keutamaan anda apabila melancong pastikan Hotel A La Carte berada dalam senarai hotel pilihan anda. Untuk maklumat lanjut layari laman web https://alacartedanangbeach.com.
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]