Sempena kempen Salam Taiwan 2024 yang mempromosi tarikan dan destinasi mesra-Muslim di Taiwan, berikut kami senaraikan 3 hotel mesra Muslim di Taiwan

Hotel Courtyard by Marriott, Taipei

Lokasi hotel ini terletak ditengah bandar Taipei. Menariknya, hotel ini terletak diatas pusat membeli belah CITYLINK dan bersambung dengan kemudahan pengangkutan awam seperti stesen MRT Nangang, HSR Nangang.

Mempunyai lebih dari 450 bilik penginapan dan kemudahan yang penuh seperti gimnasium, restoran serta lounge untuk tetamu. Antara perkhidmatan  mesra Muslim yang disediakan adalah menu Halal di restoran mereka serta kemudahan bersolat.   

Hotel Illume, Taipei

Terletak di persimpangan Nanjing E Road dan kurang 50m dari Stesen MRT Taipei Arena, hotel yang baru diperbaharui pastinya menjadi hotel wajib untuk pelancong beragama Islam.

Mempunyai lebih dari 300 bilik penginapan, ia juga ada kemudahan penuh seperti gimnasium, restoran, co-working space dan juga dobi layan diri.

Selain menawarkan menu halal di restoran  mereka sepanjang hari, terdapat juga arah kiblat disediakan di setiap bilik.

Hotel Shandori, Yilan

Terletak di daerah Yilan, hotel Shandori yang bertaraf 3 bintang mempunyi 92 bilik untuk tetamu. Menariknya setiap bilik mempunyai balkoni tersendiri. Daerah Yilan dikenali sebagai kawasan air panas. Malah hotel ini juga menyediakan kolam air panas untuk rendaman kaki.

Bagi memastikan setiap pengunjung berasa selesa pada setiap penginapan, ruang makan serta makanan untuk pelanggan beragama Islam disediakan. Menariknya hotel ini juga menyediakan makanan lewat malam yang pelbagai.

Senarai hotel mesra Muslim sudah tersedia, apa lagi jom kita ke Taiwan sempena Salam Taiwan 2024.

Share:
, , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah