oleh Wan Azfarozza Wan Athmar

Bandar Hoi An di Vietnam kini meniti di bibir pelancong sebagai syurga membeli-belah khusunya bagi mereka yang ingin menempah three piece suit, gaun atau apa jua rekaan pakaian mengikut citarasa masing-masing. Dengan harga yang berpatutan dan dalam tempoh yang singkat Hoi An menjadi destinasi bagi penggemar fesyen. Kesibukan bandar Hoi An atau juga dikenali sebagai Kota Kuning Vietnam yang diwartakan sebagai bandar purba oleh UNESCO pada tahun 1999 adalah kerana bangunan-bangunan lama yang sentiasa menerima kunjungan pelancong di samping menjadi kepelbagaian makanan tempatan yang dijual di tengah bandar ini.

Namun, di sebalik kesibukan bandar purba ini, Hoi An juga mempunyai sisi kedamaian yang dicari oleh pelancong. Bagi mereka yang ingin menikmati percutian mewah dan ekslusif di Hoi An, Sunrise Premium Resort menyediakan percutian eksklusif yang anda impikan. Terletak hanya 10 minit memandu dari kesibukan bandar Hoi An hotel ini terletak di persisir pantai Cua Dai.

Menyediakan sejumlah 220 bilik penginap boleh memilih dari pelbagai jenis bilik yang disediakan seperti Deluxe Rooms, Club Deluxe Rooms, Sunrise Suites dan juga villa. 3 Buah restoran juga disediakan bagi keperluan penginap untuk menikmati pelbagai juadah tempatan dan juga barat iaitu The Pool House, Spice Garden dan The Lounge.

Anda tidak perlu gusar sekiranya anda pertama kali ke Hoi An dan tidak pasti ke mana harus anda tuju kerana hotel menyediakan pelbagai pakej untuk anda alami pelbagai aktiviti yang disediakan. Antara pakej yang disediakan ialah “Cultural Experiences”di mana akan akan dibawa ke festival yang sedang berlangsung di Hoi An atau pun mencuba makanan tradisi Hoi An. Sekiranya anda hanya mahu bersantai di hotel mewah ini, pihak hotel juga ada menyediakan pelbagai pakej aktiviti hotel.

Lari dari kesibukan bandar Hoi An mudah untuk anda sekiranya menginap di Sunrise Premium Resort & Spa. Untuk maklumat lanjut layari https://sunrisehoian.vn/

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *