Lokasinya yang terletak berhadapan Pasar Kraftangan Kota Kinabalu pastinya menjadi pilihan utama pengunjung. Walaupun terdapat banyak pilihan hotel 5 bintang yang baru, Hotel Le Meridien Kota Kinabalu masih utuh memberikan servis terbaik untuk tetamu mereka.
Hotel Le Meridien Kota Kinabalu ini menerapkan elemen Borneo dalam hiasannya baik di lobi mahupun di setiap 250 bilik dan suite-nya. Setiap biliknya mempunyai pemandangan yang tersendiri samada city view atau seaview yang boleh melihat keindahan matahari terbenam dan pulau Gaya dari jauh.
Antara servis dan fasiliti yang disediakan dihotel ini adalah kolam renang serta ruang yang luas untuk sunbathing, gymnasium dan juga spa yang diuruskan oleh pihak ketiga. Selain itu terdapat Club Lounge buat mereka menginap dibilik kelas atas.
Terdapat 2 restoren untuk menjamu selera disediakan di sini antara Favola – yang menyediakan masakan Itali dan Latest Resipi – yang menyediakan beberapa pilihan masakan etnik tempatan antaranya adalah Ayam Bambangan. Selain itu Latitude Bar menyediakan ruang rehat dan relax sambil menghirup minum petang.
Pengunjung juga boleh memilih untuk ke Pusat Kraftangan yang berada dihadapan hotel untuk membeli cenderahati buatan Sabah, atau menikmati makan malam seafood di Pasar Malam Filipina. Bagi peminat snorkelling, jeti Jesselton Point berdekatan boleh membawa anda ke pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Sapi, Pulau Gaya dan juga Pulau Manukan.
