Akhiri sambutan raya anda dengan penuh bergaya. Bayangkan percutian hujung minggu epik di kediaman yang terletak di puncak bukit yang indah, yang dihoskan oleh bintang pujaan!
Rumah Terbuka Riangnya Raya anjuran tahunan Airbnb kini kembali lagi. Kali ini ia berkolaborasi dengan kumpulan pop sensasi tanah air, DOLLA!
Dikenali dengan persembahan bertenaga dan personaliti yang dinamik, tiga ahli kumpulan DOLLA kini melangkah ke pentas baharu sebagai hos bersama Airbnb!
Mereka bakal mengalu-alukan seorang tetamu bertuah bersama sembilan orang teman bagi menikmati hujung minggu yang sukar dilupakan di Brickhouse Bukit Tinggi, Bentong, Pahang Darul Makmur.
“Kami teruja bekerjasama dengan Airbnb untuk menganjurkan rumah terbuka ini dan beraya dengan para peminat dalam sebuah majlis yang lebih peribadi dan tulus. Bersedialah untuk menikmati suasana ceria, hidangan enak dan kenangan Raya yang tidak dapat dilupakan,” ulas DOLLA.

“Raya adalah waktu untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan bersama insan tersayang, di ruang yang terasa seperti di rumah sendiri.”
“Kami amat teruja dapat bergandingan dengan DOLLA untuk membawa orang ramai bersama melalui sambutan istimewa ini, dalam semangat Malaysia yang sebenar,” kata Ketua Negara Airbnb bagi India dan Asia Tenggara, Amanpreet Bajaj.
Mengenai rumah terbuka raya
Rumah Terbuka Raya istimewa ini akan berlangsung dari 3 hingga 5 Mei 2025 di Brickhouse Bukit Tinggi. Dengan harga RM100 sebelum cukai dan caj, percutian dua malam ini mampu memuatkan sehingga 10 tetamu. Antara pengalaman menarik yang menanti tetamu:
– Dialu-alukan secara peribadi oleh DOLLA
– Jamuan istimewa Hari Raya bersama DOLLA dalam suasana intim
– Persembahan akustik istimewa daripada DOLLA, yang akan membawakan beberapa lagu hit yang paling popular.
– Sesi soal jawab secara langsung bersama DOLLA, yang memberi peluang kepada peminat untuk mengetahui proses kreatif dan inspirasi terkini kumpulan ini.
Semangat Raya bukan sahaja dirasai di Brickhouse, persembahan akustik dan sesi soal jawab secara langsung bersama DOLLA turut akan distrim di TikTok rasmi mereka (@dollaofficial), supaya peminat yang tidak berpeluang dapat menikmati kemeriahan ini tidak kira di mana mereka berada.
Mengenai penginapan

Tetamu juga akan menikmati penginapan peribadi di Brickhouse Bukit Tinggi, yang merangkumi dua vila lengkap dengan kolam renang peribadi, kawasan BBQ, kemudahan karaoke serta pemandangan pergunungan dan dusun durian yang indah.
Sama ada bersantai di tepi kolam atau menikmati hidangan di bawah sinaran bintang, percutian istimewa ini menjanjikan gabungan alam semula jadi, muzik dan keceriaan hari raya yang tiada tandingan.


Cara membuat tempahan
1. tempahan akan dibuka pada jam 11 pagi, 25 April melalui http://airbnb.com/rayawithdolla.
2. penginapan dua malam ini ditawarkan pada harga RM100 sebelum cukai dan caj. Seorang tetamu akan dipilih berdasarkan siapa cepat, dia dapat, dan boleh membawa sehingga sembilan orang rakan.
3. Tetamu perlu menanggung segala kos perjalanan pergi dan balik ke lokasi penginapan Airbnb di Bentong, Pahang.
Jika anda peminat DOLLA dan ingin menghabiskan masa bersama mereka, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Siapa cepat, dia dapat!