Percutian keluarga selalunya sinonim dengan jadual padat dan destinasi yang terlalu sesak. Namun, kini anda boleh mengutip pengalaman baharu di Indonesia. Mungkin percutian ini boleh membuka perspektif berbeza.
Percutian yang ingin kami cadangkan ini boleh jadi lebih santai, dekat dengan alam dan tetap menyeronokkan untuk semua peringkat usia.
Bermula di Bali, suasana di kawasan Jimbaran terasa jauh daripada hiruk-pikuk destinasi pelancongan biasa. Resort seperti AYANA Bali menawarkan pengalaman yang lebih menyeluruh untuk keluarga, terutama bagi ibu bapa yang mahukan keseimbangan antara masa santai dan aktiviti anak-anak.

Kawasan resort yang luas dengan taman, kolam renang dan ruang permainan berinspirasikan alam memberi peluang kanak-kanak bergerak bebas sambil meneroka suasana tropika Bali.
Apa yang menarik, pengalaman di sini bukan sekadar bercuti di hotel. Aktiviti seperti lawatan ke ladang organik, persembahan budaya Bali dan program berasaskan alam memberi pengalaman lebih dekat dengan budaya tempatan.
Malah, ibu bapa juga masih sempat menikmati spa atau makan malam santai sementara anak-anak mengikuti aktiviti yang lebih tersusun.


Dari Bali, perjalanan boleh diteruskan ke Flores yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan akses ke Taman Negara Komodo. Di AYANA Komodo Waecicu Beach, suasananya berubah sepenuhnya lebih tenang.
Lebih dekat dengan laut dan penuh aktiviti outdoor. Snorkeling, island hopping dan menaiki bot kaca menjadi antara pengalaman paling diingati, terutama apabila dapat melihat sendiri hidupan marin dan panorama pulau-pulau sekitar Komodo.

Menariknya, gabungan Bali dan Komodo dalam satu perjalanan memberikan dua pengalaman yang sangat berbeza, satu lebih santai dan budaya, satu lagi penuh eksplorasi alam semula jadi.
Untuk keluarga yang mencari idea percutian sekolah yang tidak terlalu biasa, kombinasi dua pulau ini mungkin antara pilihan paling menarik di Indonesia sekarang.
Pakej Keluarga di AYANA Bali
Bagi keluarga yang bercadang merancang percutian sekolah, AYANA Bali turut menawarkan pakej The Connected Family Stay sehingga 31 Mac 2027.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk bilik bersambung untuk keluarga, kredit resort, makan tengah hari di tepi kolam, sesi thalassotherapy untuk ibu bapa serta pengangkutan ulang-alik lapangan terbang. Tetamu juga akan menerima diskaun untuk spa serta makanan dan minuman termasuk di Rock Bar.
Pakej ini memerlukan penginapan minimum tiga malam dan tertakluk kepada terma serta ketersediaan semasa.

