Ada sesuatu tentang The Little Prince yang membuatkan kisah lama terasa dekat setiap kali kita membacanya semula. Tentang melihat dunia dengan lebih sederhana, menghargai perkara kecil dan menemukan makna dalam detik yang mungkin kelihatan biasa.

Semangat itulah yang kini dibawa ke dalam dunia teh menerusi kolaborasi antara CHAGEE dan karya klasik kesayangan ramai ini.

Menerusi kolaborasi istimewa tersebut, CHAGEE memperkenalkan Siri Matcha edisi terhad bersama rangkaian barangan eksklusif yang mengambil inspirasi daripada dunia The Little Prince, lengkap dengan elemen bintang, pengembaraan dan imaginasi yang menjadi sebahagian daripada kisahnya.

Bagi peminat matcha, ada sesuatu yang baharu untuk dicuba. Antaranya ialah Lime Cheese Matcha Latte, gabungan matcha dengan limau yang harum serta keju berkrim untuk menghasilkan rasa yang lebih segar dan sedikit berani.

Ia turut hadir dalam pilihan Cheese Cap, dengan lapisan krim keju lembut di atas untuk tekstur yang lebih kaya.

Harga masing-masing bermula RM14.90 untuk Lime Cheese Matcha Latte dan RM16.90 bagi versi dengan Cheese Cap.

Turut berada dalam Siri Matcha baharu ialah Jasmine Matcha Pure Tea, yang menggabungkan matcha dengan teh hijau jasmin untuk menghasilkan minuman dengan nota bunga yang lembut. Ia boleh dinikmati panas atau sejuk pada harga RM11.90.

Menariknya, CHAGEE turut memberi perhatian pada proses penyediaan matcha tersebut. Daun teh muda yang dituai pada musim bunga pertama ditanam di bawah teduhan selama lebih 20 hari sebelum diproses dan dikisar menjadi serbuk halus bersaiz 1000 mesh, menghasilkan tekstur yang lebih lembut serta rasa yang bersih dan segar.

Namun, kolaborasi ini bukan sekadar tentang apa yang ada di dalam cawan.

Bagi melengkapkan dunia kecil The Little Prince itu, CHAGEE turut memperkenalkan koleksi barangan edisi terhad termasuk Little Card, The Crown Headband, The Fox Sleep Mask, Stardust Tote Bag, Green Wonder Tumbler dan beberapa lagi.

Little Card diberikan secara percuma dengan pembelian minuman matcha terpilih, manakala barangan lain ditawarkan menerusi pakej bersama minuman daripada Siri Matcha baharu.

Siri Matcha dan barangan edisi terhad CHAGEE × The Little Prince boleh didapati di semua cawangan CHAGEE di seluruh Malaysia, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah