Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan mengendalikan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam dari 25 April hingga 5 Mei 2026, termasuk kira-kira 500 penerbangan tambahan, iaitu peningkatan sebanyak 16% berbanding tahun sebelumnya.
Ini menjadikan jumlah kapasiti tempat duduk domestik mencecah sekitar 832,000, meningkat 18% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Tempoh cuti ini, yang merangkumi Hari Peringatan Raja Hung serta sambutan Hari Penyatuan Semula dan Hari Pekerja Antarabangsa, dijangka menjadi antara musim perjalanan paling sibuk di Vietnam, kedua selepas Tahun Baharu Cina, dan setanding dengan musim puncak perjalanan Hari Raya di Malaysia.
Vietjet kini menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City, dan Da Nang, iaitu destinasi paling popular di Vietnam.
Bagi rakyat Malaysia yang merancang percutian ke Vietnam, peningkatan kapasiti penerbangan ini menyediakan sambungan yang lebih mudah ke laluan domestik permintaan tinggi yang menghubungkan bandar utama dan hab pelancongan seperti Nha Trang, Hue, Quy Nhon, dan Phu Quoc.
Dari sekarang hingga 10 April 2026, jam 11.59 malam (waktu Malaysia), pelancong Malaysia boleh menggunakan kod promosi SALE20 apabila menempah tiket Deluxe dan SkyBoss untuk menikmati diskaun sehingga 20% (tidak termasuk cukai dan yuran).
Promosi ini sah untuk perjalanan di seluruh rangkaian Vietjet sehingga 31 Ogos 2026, sesuai untuk percutian musim panas.
Tempahan boleh dibuat melalui www.vietjetair.com, aplikasi mudah alih ‘Vietjet Air’ atau saluran jualan sah yang lain.
Dengan rangkaian luas yang menghubungkan Vietnam ke destinasi utama di seluruh Asia-Pasifik dan seterusnya, Vietjet membuka peluang kepada pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan.
Syarikat penerbangan ini juga berada dalam kedudukan kukuh untuk menampung peningkatan jumlah penumpang sambil mengekalkan kecekapan operasi.

