Saudia, syarikat penerbangan nasional Arab Saudi, kini mengubah masa hadapan perjalanan Haji. Dengan pendekatan berani dan berwawasan, syarikat ini mentransformasikan pengalaman ibadah Haji bagi 2025 dan tahun-tahun mendatang – bukan sahaja sebagai syarikat penerbangan, malah menjadi rakan penyedia perkhidmatan serba lengkap kepada jemaah Asia Tenggara dan sejagat.
Tahun ini Saudia menempa sejarah penting apabila mengorak langkah melangkaui pengendalian operasi udara dengan memikul peranan utama bagi mewujudkan pengalaman Haji serba lengkap.
Buat julung kalinya, Saudia menyampaikan sokongan menyeluruh-daripada perkhidmatan penerbangan khusus hinggalah logistik darat serta hospitaliti-mentakrif semula khidmat jagaan, inovasi serta berskala yang disediakan untuk salah satu ibadah ziarah paling penting di dunia.
Sebagai persediaan untuk musim Haji 2025, Saudia memperuntukkan lebih daripada satu juta tempat duduk memanfaatkan armada moden sebanyak 158 pesawat. Dengan unjuran bahagian pasaran sehingga 35%, syarikat penerbangan ini akan melayani jemaah haji dari lebih 100 destinasi global.

Pengalaman perjalanan dari awal hingga akhir direka untuk memaksimumkan keselesaan dan kecekapan, dari pengeluaran tiket hingga proses ketibaan dan pelepasan yang lancar. Saudia juga menyelaras secara meluas dengan rakan kongsi sektor awam dan swasta untuk memastikan operasi yang lancar di semua titik sentuh lapangan terbang, dengan lebih daripada 11,000 kakitangan barisan hadapan dan juruteknik penyelenggaraan pesawat digerakkan untuk melayani jemaah haji sepanjang tempoh operasi 74 hari.
Yang Mulia Engr. Ibrahim Al-Omar, Ketua Pengarah Saudia, berkata: “Haji tetap menjadi salah satu keutamaan negara terpenting kita. Tahun ini, kami berbangga bukan sahaja dapat menguruskan operasi udara pada kapasiti penuh tetapi juga memperluaskan peranan kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan langsung kepada jemaah haji. Melalui pengembangan ini, kami berhasrat untuk memberikan pengalaman holistik yang memenuhi standard penjagaan dan hospitaliti yang tertinggi.”
Beliau meneruskan, “Kami melabur lebih SAR 100 juta di Mekah, Madinah, dan tapak suci untuk menyediakan pakej perkhidmatan yang direka dengan teliti kepada jemaah haji, bagi mentakrifkan semula konsep penyampaian perkhidmatan Haji, menetapkan standard baharu untuk kecemerlangan.”
Syarikat penerbangan ini bersiap sedia membawa berpuluh ribu jemaah dari Asia Tenggara bagi musim Haji yang akan bermula dari 4 hingga 9 Jun, bergantung pada cerapan bulan. Dijangkakan bahawa terdapat pertambahan kekerapan penerbangan bagi memenuhi permintaan yang tinggi dari Indonesia, Malaysia dan Singapura, tiga negara yang menjadi penyumbang utama kepada bilangan jemaah haji global.
Melalui pendekatan bersepadu, Kumpulan Saudia memperkenalkan penyelesaian menyeluruh bagi memenuhi keperluan berbeza-beza jemaah moden.
Bagi menambah baik pengalaman ibadah Haji, Kumpulan Saudia menawarkan pelbagai perkhidmatan yang direka bentuk demi keselesaan, kemudahan dan keterangkuman. Ini meliputi pengeluaran pas masuk yang teratur untuk kedua-dua penerbangan pergi dan balik di lapangan terbang berlepas,serta kakitangan yang boleh bercakap berbilang bahasa serta fasih berbahasa Indonesia dan Inggeris demi memastikan komunikasi yang lancar serta perkhidmatan bermutu tinggi di sepanjang perjalanan.
Di tempat-tempat suci, para jemaah boleh memanfaatkan penginapan khas, kawasan rehat khusus dan dua restoran, selain ruang sajian ringan dan kopi yang diilhamkan daripada ruang rehat AlFursan. Dalam penerbangan,para jemaah boleh menikmati beraneka pilihan hidangan, pengumuman waktu solat dan Miqat yang tepat waktu, serta program bimbingan yang direka khas dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah.
Perkhidmatan tambahan untuk individu berkeperluan khas seperti khidmat pengangkutan untuk orang kurang upaya, oksigen dalam pesawat dan pengusung perubatan-turut disediakan.
Antara inovasi Saudia yang amat penting ialah pelancaran “Ihram Ternyaman”-pakaian Ihram berteknologi tinggi yang pertama di dunia, diperkenalkan pada Hari Kreativiti dan Inovasi Dunia. Direka bentuk dengan kerjasama Landor and brrr, pakaian ini menampilkan mineral pendingin berpaten, aktif menyejat peluh dengan teknologi cepat kering yang boleh mengurangkan suhu kulit sehingga 2°C.




Pakaian ini dilengkapi perlindungan UPF 50+ di samping patuh syarak Islam untuk lelaki dan wanita, menjamin persekitaran yang lebih selamat dan selesa untuk para jemaah semasa keadaan ekstrem. Pakaian ini tersedia kepada para jemaah Saudia mulai Jun 2025.
Dengan menggabungkan skala, perkhidmatan dan inovasi pintar, Saudia membimbing urusan Haji kali ini dengan tekad dan ketepatan. Bersandarkan pelbagai sumber dan wawasan strategik Kumpulan Saudia, syarikat penerbangan ini bukan sahaja menyokong matlamat Wawasan 2030 Arab Saudi-ia turut menyajikan pengalaman baharu kepada berjuta-juta jemaah yang menempuh perjalanan suci ini.