Melawati Mall dengan bangganya mempersembahkan Lakaran Syawal, kempen raya bagi tahun 2026 yang diinspirasikan oleh keindahan ukiran kraftangan serta seni dekorasi. Berlangsung dari sekarang hingga 6 April 2026, kempen ini mengajak pengunjung beramai-ramai untuk menikmati keanggunan seni tradisional Melayu yang ditafsir semula melalui fesyen, ganjaran perayaan dan persembahan budaya yang mengasyikkan.

Pelancaran media yang berlangsung hari ini di Meranti Court telah dirasmikan oleh pereka fesyen tempatan tersohor, Dato’ Indera Tom Abang Saufi, menandakan satu kolaborasi bermakna yang meraikan warisan kraftangan dan gaya kontemporari.

Gerai-gerai Terpilih di Meranti Court
Lakaran Syawal ialah menjadi nadi pada sebuah gerai pelbagai khas yang menampilkan gabungan pereka tempatan dan jenama bagi perayaan yang menarik. Antara tarikan utama ialah Tom Abang Saufi, yang terkenal dengan jahitan unik tersendiri serta dedikasi terhadap hasil kraftangan dan berkualiti tinggi.

Dikenali dengan setiap perincian yang teliti, siluet elegan dan interpretasi moden terhadap reka bentuk warisan, setiap koleksi beliau melambangkan kecanggihan yang merangkumi abadi. Jenama terkenal juga turut mengambil bahagian termasuk McVogue, Love Trisha, Anna Satrin, Awesome Snacks, Ababil, Orchid Classic, Al Haraman serta Eastman & Estella yang menawarkan fesyen Muslimah, busana tradisional, samping, juadah perayaan dan aksesori sesuai untuk menjadi pelengkap gaya syawal seisi keluarga.

Selain gerai, para pengunjung juga boleh meneroka pelbagai pilihan fesyen daripada lebih 40 jenama seperti Ms Read, Variante, Kashkha, Omar Ali, Three B’s, Max Fashion, Padini, Brands Outlet, Uniqlo & banyak lagi, memastikan pilihan yang sesuai bagi semua peringkat usia. Pilihan makanan dan minuman Melawati Mall yang pelbagai turut menyediakan suasana sempurna untuk perayaan, termasuk Lapisan Patisserie, Johnny’s Steamboat, Tony Roma’s, Seoul Garden, Mee Hiris China Muslim, Tea Garden dan banyak lagi.

Penebusan Raya Eksklusif & Ukiran Kraftangan

Pada hujung minggu terpilih, 7–8 Mac & 14–15 Mac, para pembeli boleh menikmati perkhidmatan ukiran kraftangan peribadi percuma dengan perbelanjaan minimum RM50 ke atas serta penebusan Ukiran Gift Box secara percuma, menambahkan lagi sentuhan eksklusif dan bermakna kepada sambutan raya. Para pembeli yang mencapai jumlah perbelanjaan minimum layak untuk menebus koleksi perayaan eksklusif berikut:

● Sampul Duit Raya Seni Syawal dengan perbelanjaan RM180 dalam satu resit
● Tikar Corak Seri dengan perbelanjaan RM500 dalam maksimum dua resit gabungan
● Kotak Hadiah Ukiran Raya dengan perbelanjaan RM900 dalam maksimum tiga resit gabungan

Waktu Operasi Dilanjutkan untuk Pembelian Saat Akhir
Bagi memudahkan persiapan raya di saat akhir, Melawati Mall akan melanjutkan waktu operasi sehingga jam 12:00 tengah malam pada Jumaat dan Sabtu tarikh terpilih:

● 27 & 28 Februari 2026
● 6 & 7 Mac 2026
● 13 & 14 Mac 2026

Waktu operasi lanjutan ini memberi lebih keselesaan kepada pengunjung untuk membeli dan melengkapkan persiapan perayaan sambil menikmati ganjaran eksklusif sehingga lewat malam. Para pembeli juga boleh menebus baucar hadiah percuma melalui platform ganjaran istimewa daripada Melawati Mall, layari CapitaPlus (https://member.capitaplus.com.my/) hingga membeli-belah pada lewat malam.

Selain itu, sebagai persediaan untuk moreh selepas solat terawih, pengunjung boleh menikmati hidangan istimewa daripada gerai Champur dan Lapisan Patisserie. Ia menjadikan kunjungan hingga lewat malam lebih berbaloi.

Persembahan Budaya & Eksklusif CapitaPlus
Selain daripada kemeriahan turut ditambahkan lagi dengan suasana perayaan, para pengunjung boleh menyaksikan pelbagai persembahan raya tradisional dan kontemporari termasuk Dikir Barat, persembahan tarian raya moden serta kompang adik beradik. Pendaftaran untuk menjadi ahli melalui CapitaPlus, ahli berpeluang untuk menyertai aktiviti terpilih serta menikmati pengalaman perayaan yang dipertingkatkan sepanjang tempoh kempen.

CapitaPlus Shop Till You Fly – Menangi Percutian ke Korea Bernilai RM15,000 bersama Traveloka
Turut kerjasama dengan Traveloka, pembeli yang berbelanja jumlah RM100 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi percutian ke Korea Selatan. Peraduan ini berlangsung sehingga 31 Mac 2026, menambahkan lagi keterujaan sepanjang musim beli-belah raya.

Pembukaan Tirai Baharu yang Menarik
Melawati Mall bakal memperkukuhkan lagi penawaran fesyen dan gaya hidup dengan kehadiran beberapa jenama baharu.

Body Glove, jenama gaya hidup dan pakaian aktif bertaraf global yang terkenal dengan inspirasi luncur air dan rekaan bertenaga.

Turut ditambahkan lagi dengan elemen kreatif dan pengalaman para pengunjung ialah Lulu Sensory Deluloft, Monsters Art Studio dan Monsters Craft Studios, yang menawarkan aktiviti seni dan kraf secara praktikal bagi merangsang imaginasi serta kreativiti kanak-kanak dan lapisan anak muda.

Melengkapkan penambahan gerai baharu ialah The Bretzel & Co, berasal daripada negeri Sarawak yang terkenal dengan menjual pretzel buatan tangan serta roti artisan.

Lakaran Syawal bukan sekadar kempen perayaan, ia adalah penghargaan terhadap seni warisan, kraftangan yang penuh teliti serta hubungan bermakna. Melalui motif ukiran dan pengalaman eksklusif, Melawati Mall menjemput para pengunjung untuk menyambut syawal dengan penuh gaya sambil mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.

Untuk maklumat lanjut, para pengunjung boleh mengunjungi kaunter informasi atau mengikuti
platform media sosial rasmi Melawati Mall.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah