Bagi meraikan Syawal tahun ini, Bayu Somerset kembali mencuri perhatian dengan pelancaran koleksi Raya 2026 mereka, #somerSYOKraya26, sebuah himpunan yang meraikan warna, seni dan ekspresi diri, bersempena pembukaan outlet terbaharu jenama ini di Central i-City, Shah Alam.
Dikenali sebagai jenama fesyen past-forward yang berani bermain dengan rona ceria dan corak yang menyerlah, koleksi Raya tahun ini menampilkan lebih 50 corak eksklusif, lima siluet baharu, tujuh set keluarga serta tujuh rekaan mewah.
Setiap helaian direka dengan keseimbangan antara gaya dan keselesaan, sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas dan aktiviti Raya yang berpanjangan.
Apa yang menjadikan #somerSYOKraya26 lebih istimewa adalah tiga kolaborasi artistik eksklusif yang menyatukan fesyen dan seni dengan cara yang segar dan moden.
Setiap kolaborasi membawa identiti tersendiri, namun kekal setia kepada DNA Bayu Somerset yang berwarna-warni dan ekspresif.


Kolaborasi bersama Arif Rafhan memperlihatkan reinterpretasi batik klasik dalam palet warna ceria dan berani, memberi nafas kontemporari kepada busana Raya tradisional.
Bunga dan Bintang pula menyumbang sentuhan floral lembut dengan rona pastel, mencipta estetika feminin yang tenang dan manis.
Sementara itu, kolaborasi kejutan bersama Machino menggabungkan bunga Hana ikonik jenama tersebut dengan rekaan batik khas Bayu Somerset, disempurnakan dengan palet warna hangat berinspirasikan musim luruh, menghasilkan rekaan yang unik dan mudah dikenali.



Melengkapkan koleksi ini ialah empat rekaan kaut dan empat gaya skarf eksklusif, menjadikan keseluruhan rangkaian ini versatil untuk digayakan bukan sahaja di pagi Raya, tetapi juga untuk pemakaian harian.
Menurut Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul, jenama ini sentiasa berpegang kepada prinsip keharmonian antara warisan dan kemodenan.
Siluet yang berakar daripada budaya Malaysia digandingkan dengan warna serta corak kontemporari, mencerminkan gaya hidup moden yang berani dan inklusif.
Aura koleksi ini turut diserlahkan oleh penampilan selebriti tempatan. Anzalna Nasir tampil anggun dalam Inara Kurung rona Cempaka Puteh daripada kolaborasi Bayu Somerset x Arif Rafhan.
Manakala Liza Hanim bersama anak perempuannya mempamerkan keindahan set kebaya Agnes Kotabaru sedondon dalam rona Murni Blue dan Green, simbol kemesraan dan kehangatan keluarga di pagi Raya.


Sebagai pelengkap kepada pelancaran ini, Bayu Somerset turut memperkenalkan jingle rasmi pertama mereka yang menampilkan vokal Aisha Retno.
Dengan lirik yang berani dan penuh keyakinan, jingle ini merangkum falsafah jenama: fesyen sebagai medium untuk semua orang tampil yakin, tanpa mengira saiz, jantina atau usia.
Koleksi #somerSYOKraya26 ditawarkan dalam saiz XXS hingga 5XL, dengan harga bermula RM99, dan boleh didapati di semua outlet Bayu Somerset termasuk outlet baharu di Central i-City serta secara dalam talian.

