Jika kita bercakap tentang travel essentials, kebanyakan orang akan fikirkan pasport, tiket, powerbank, atau kasut yang selesa.

Tapi ada satu aksesori kecil yang sering diremehkan walaupun sebenarnya sangat penting iaitu kaca mata hitam. Jangan silap, ia bukan sekadar untuk gaya. Ia adalah penyelamat mata anda sepanjang perjalanan!

Inilah sebab mengapa ia patut berada di bahagian atas senarai barang perjalanan atau percutian anda.

1. Perlindungan maksimum daripada sinaran UV

Kaca mata hitam melindungi mata daripada sinaran UV yang berbahaya. Pendedahan matahari berpanjangan boleh menyebabkan masalah serius seperti katarak atau keletihan mata.

Dengan sepasang kaca mata hitam berkualiti yang ada perlindungan UV 100%, anda boleh travel dengan lebih tenang tanpa risau tentang kesihatan mata.

2. Kurangkan silau, tingkatkan keselesaan

Bayangkan memandu di jalan berbukit, berbasikal di bandar lama, atau berbaring di tepi pantai, lensa polarized memastikan penglihatan lebih jelas dan bebas silau.

Mata tidak perlu bekerja keras, jadi anda kurang letih dan lebih enjoy perjalanan.

3. Pelindung semula jadi daripada habuk & angin

Kaca mata hitam juga berfungsi sebagai pelindung fizikal daripada habuk, pasir, dan angin kencang.

Sesuai untuk aktiviti luar seperti hiking, atau jalan-jalan di pasar malam. Bonusnya, ia juga boleh menutup mata sembap selepas berjam-jam di dalam penerbangan.

4. Tambah gaya, boost keyakinan

Selain praktikal, kaca mata hitam adalah statement fesyen. Dari aviator klasik, cat-eye chic, sampai bingkai oversized yang trendy, ia boleh melengkapkan OOTD travel anda. Bukan sahaja nampak cool, tapi juga memberi extra boost pada keyakinan diri.

Kesimpulannya,kaca mata hitam ialah kombinasi perlindungan, keselesaan, dan gaya. Ia kecil, ringan, tapi memberi impak besar pada pengalaman travel anda.

Jadi, sebelum next trip, pastikan kaca mata hitam ada bersama-sama anda. Mata anda akan berterima kasih, dan anda akan travel dengan lebih selesa serta bergaya!

IZIPIZI Untuk Gaya Urban Chic

Bagi yang sedang mencari kaca mata baharu untuk percutian akan datang, cubalah singgah ke stor IZIPIZI, jenama kaca mata dari Paris yang terkenal dengan pendekatan ceria tetapi bergaya untuk semua.

Mula melebarkan sayap di Asia dengan membuka kiosk pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur, IZIPIZI bersedia untuk membawa anda melihat dunia dengan penuh gaya.

Terletak di Tingkat 5, Lot No. P52, kiosk ini mengalu-alukan pengguna daripada pelbagai peringkat umur dan gaya untuk meneroka gabungan koleksi yang bergaya serta praktikal.

Kiosk ini menampilkan koleksi signature jenama tersebut, termasuklah IZIPIZI Sport, koleksi dewasa, kanak-kanak, Stadium 2025 serta koleksi terbaharunya CHAPTERS.

Berikut adalah pilihan yang menanti di IZIPIZI

Untuk yang aktif:

SPEED – Direka khas untuk pelari dan penunggang basikal, SPEED menampilkan kanta melengkung berani untuk penglihatan periferal yang lebih luas serta perlindungan daripada angin dan hujan, tersedia dalam tiga kategori kanta untuk semua keadaan cuaca.

JOURNEY – Bingkai bergaya yang menggabungkan gaya hidup dan prestasi, sesuai untuk sukan golf dan pantai. Dilengkapi kanta terpolarisasi yang menghapuskan silau dan meningkatkan kontras — sambil mengekalkan rupa elegan.

Untuk pencinta estetika:

STADIUM – Koleksi STADIUM 2025 ialah koleksi yang menggabungkan estetika sukan retro dengan gaya kasual harian. Bayangkan padanan warna berani, aura atletik vintaj, dan keselesaan ringan.

Direka untuk pergerakan tetapi dibuat untuk bergaya, koleksi ini adalah pelengkap gaya anda sama ada untuk keluar bersarapan lewat pagi atau ketika sibuk berbelanja di luar negara.

CHAPTERS – Koleksi terbaharu untuk Musim Luruh/Dingin 2025 ini direka dengan teliti demi meneruskan misi IZIPIZI untuk mencipta kaca mata yang menggabungkan fesyen dan fungsi dengan sempurna, sambil mengajak pemakai untuk menghargai setiap detik berharga kehidupan dengan penuh gaya.

Koleksi ini terdiri daripada kategori, Reading, Sun, Junior Sun, dan Kids. Kaca mata hitam untuk dewassa mempunyai perlindungan UV unggul dan hadir dengan kanta premium yang direka untuk mengurangkan silau secara optimum serta memberi perlindungan menyeluruh kepada mata.

Manakala rekaan untuk kanak-kanak menggabungkan keselesaan, ketahanan, dan sentuhan gaya yang ceria.

Palet warna koleksi ini pula tampil sofistikated dengan lima pilihan warna iaitu Old Leather, Sweet Honey, Moonlight Grey, Light Marble dan Carmine Red, yang setiap satunya menceritakan kisah tersendiri.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara dalam talian, anda boleh layari https://www.izipizi.com/ww_en/. Untuk pengalaman yang lebih memuaskan, anda boleh terus ke Pavilion Kuala Lumpur atau di SEIBU TRX, dalam stor ANTE.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah