Di dunia telefon pintar yang penuh dengan pilihan, sukar untuk mencari peranti yang mempunyai pakej lengkap – cukup berkuasa, tahan lasak, dan masih mesra poket.
Namun, dengan pelancaran HONOR X9d 5G, nampaknya HONOR berjaya menghasilkan sebuah telefon yang bukan sahaja sesuai untuk pengguna harian, malah ideal untuk mereka yang gemar mengembara.
Ketahanan Bukan Sekadar Slogan
Kita sering mendengar jenama telefon menjanjikan skrin tahan calar dan badan yang lebih kuat, tetapi realitinya satu jatuhan kecil sudah cukup untuk membuatkan hati berdebar-debar. HONOR cuba menukar naratif itu dengan X9d 5G. Paparannya kini menggunakan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, dengan ketahanan 31% lebih baik.
Reka bentuknya juga lebih praktikal, paparan rata yang tidak hanya sedap dipandang, tetapi lebih tahan hentakan berbanding skrin melengkung.
HONOR turut memperkenalkan sesuatu yang jarang dilihat pada telefon pintar, lapisan bendalir bukan-Newtonian. Bahan ini lembut ketika disentuh, tetapi sebaik terkena hentakan, ia serta-merta mengeras untuk menyerap impak.
Seolah-olah telefon ini mempunyai beg udara kecil di dalamnya. Dipadankan pula dengan struktur rangka enam lapisan yang diilhamkan daripada teknologi kalis peluru, X9d 5G jelas direka untuk bertahan.
Bagi mereka yang banyak berada di luar, ciri IP69K pula menjadi penyelamat. Sama ada tersiram air panas, terjatuh dalam lumpur atau digunakan di pantai berpasir, telefon ini mampu menahan cabaran tersebut. Malah, ia boleh terendam hingga 6 meter, sesuatu yang jarang kita dengar dalam kelas harga ini.
Pengalaman Seharian Tanpa Perlu Risaukan Ketahanan Bateri
Salah satu masalah paling besar ketika mengembara ialah mencari soket elektrik. Kita semua pernah berada dalam situasi memeriksa peta atau menempah e-hailing dengan bateri hanya tinggal 5%. Dengan bateri 8,300mAh, HONOR X9d 5G memberi nafas lega kepada pengembara.
Dalam penggunaan harian, ia mampu bertahan tiga hari hanya dengan sekali caj. Bayangkan mendaki gunung tiga hari dua malam, dan masih mempunyai tenaga untuk mengambil gambar panorama di puncak tanpa bimbang bateri mati.
Malah, apabila kuasa tinggal hanya 2%, ia masih boleh bertahan dalam mod siap sedia selama tujuh jam, cukup untuk saat genting.
Dengan pengecasan pantas 66W SuperCharge, rehat seketika di kafe sudah cukup untuk mengisi semula bateri. Tambahan pula, ia boleh mengecas peranti lain melalui fungsi pengecasan berbalik 7.5W – seperti rakan perjalanan yang berkongsi tenaga ketika diperlukan.
Merakam Setiap Detik Perjalanan
Pengembara moden tidak pernah lepas daripada kamera. Di sinilah kelebihan kamera 108MP Ultra-Sensing pada HONOR X9d 5G menyerlah. Sama ada mengambil gambar malam di pasar jalanan atau merakam pemandangan matahari terbenam di tepi laut, sensor besar 1/1.67 inci memastikan butiran jelas dan warna hidup.
Lebih menarik, HONOR membekalkan alat AI terbina seperti AI Eraser dan AI Remove Reflection. Bayangkan gambar cantik anda di tasik yang diganggu bayangan orang lalu-lalang kini boleh dipadam dengan sekali sentuh. Fungsi ini membuatkan pengalaman fotografi terasa lebih profesional tanpa memerlukan perisian tambahan.
Paparan OLED 6.79 inci pula menjadikan tontonan video atau semakan gambar lebih mengasyikkan. Ciri perlindungan mata memastikan pengguna tidak cepat letih walau membaca peta digital berjam-jam.
Prestasi yang Menyokong Gaya Hidup Aktif
Di sebalik reka bentuk tahan lasak, HONOR X9d 5G digerakkan oleh Snapdragon 6 Gen 4 bersama sehingga 24GB RAM. Prestasi ini cukup untuk multitugas, daripada membuka aplikasi navigasi, memainkan muzik, hingga berkongsi gambar di media sosial, semuanya lancar tanpa tersekat.
Bagi mereka yang gemar hiburan ketika perjalanan jauh, sistem audio dwi pembesar suara baharu menghasilkan bunyi lebih kuat dan mendalam. Ia menjadikan tontonan filem atau mendengar muzik semasa berada di bilik hotel terasa lebih hidup.
Tambahan pula, antena yang direka semula memberikan sambungan lebih stabil. Sama ada menstrim video ketika menunggu penerbangan atau menggunakan data mudah alih di kawasan sibuk, isyarat kekal kukuh.
Kseimpulannya, HONOR X9d 5G bukan sekadar sebuah telefon pintar. Ia adalah teman perjalanan. Cukup tahan lasak untuk menghadapi cabaran alam, cukup pintar untuk menyokong gaya hidup digital, dan cukup berkuasa untuk memastikan anda tidak ketinggalan walaupun berada jauh dari bandar.
Bayangkan anda berada di sebuah desa di luar negara, jauh dari bandar utama. Jalan berbatu, cuaca tidak menentu, dan kemudahan elektrik terhad.
Telefon ini bukan sahaja mampu bertahan dalam keadaan lasak itu, malah memastikan anda masih boleh merakam kenangan, mencari arah dengan peta digital, dan berhubung dengan orang tersayang tanpa rasa cemas tentang bateri atau kerosakan.
Ia mungkin bukan telefon paling mewah di pasaran, tetapi ia adalah antara yang paling praktikal untuk mereka yang gemar meneroka dunia tanpa had.



HONOR X9d 5G hadir dalam dua varian, 256GB pada RM1,499 dan 512GB pada RM1,699, dengan pilihan warna Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.

