Japan National Tourism Organization Kuala Lumpur Office (JNTO KL) berasa teruja untuk menyertai Konvensyen TCGKL 2024 , acara permainan kad tukaran terbesar di Malaysia yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.
Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah menghadiri acara konvensyen tersebut pada hari kedua (2 November).
Diadakan pada 1-3 November 2024 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur lalu, acara ini merupakan perhimpunan yang meriah bagi pengumpul TCG (permainan kad tukaran) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Bagi komuniti pengumpul ini, kad dan barang koleksi (seperti kad tukaran Pokémon) telah berkembang daripada sekadar hobi kepada pelaburan yang serius dan berpotensi menjadi sumber pendapatan.
Di sini, TCGKL 2024 berfungsi sebagai pasaran yang tulen bagi pengumpul yang berfikiran sama untuk berkumpul, membuat rangkaian (networking), berdagang dan menjalankan perniagaan bersama.
Konvensyen TCGKL 2024 menampilkan karya-karya cemerlang tiga artis ilustrator TCG antarabangsa, iaitu: Mitsuhiro Arita (Artis/Ilustrator Permainan Kad Tukaran Pokémon sejak 1996), Sunohara (Ilustrator Kad Dagangan One Piece) dan Julian Kok (D&D & Magic The Gathering Illustrator).
Dalam misinya untuk mempromosikan budaya Jepun dan pemandangan Jepun yang menakjubkan kepada pengembara Malaysia, JNTO berbesar hati untuk berganding bahu dengan TCGKL untuk berkongsi maklumat lanjut tentang pengembaraan Jepun!
Pengarah Eksekutif JNTO KL, Kenichiro Ozaki menyatakan:
“Di pasaran Malaysia, anime dan kandungan yang berkaitan dengan TCG sangat popular di kalangan golongan muda dan orang dewasa, dengan target audiens utama berusia antara 18 hingga 25 tahun untuk golongan belia serta target audiens dewasa berusia 30-an hingga 45-54 tahun.
Dalam kalangan komuniti peminat anime dan permainan ini, mereka mempunyai pandangan yang baik terhadap Jepun dan bermotivasi untuk mengembara serta mengambil bahagian dalam pengalaman yang berkaitan dengan hobi-hobi mereka.”
“Menurut kaji selidik JNTO terhadap 827 responden* (yang dijalankan di pelbagai konvensi anime dan game), destinasi yang paling digemari oleh para penggemar dalam komuniti adalah Tokyo, Osaka, Hokkaido.
Walau bagaimanapun, Okinawa juga menjadi salah satu kegemaran para penggemar kerana mempunyai kaitan dengan tempat-tempat anime. Secara purata, , anggaran perjalanan (para penggemar ini) berkisar antara RM3,500-RM5,000 untuk pelancong dengan anggaran terhad, dan RM8,000-RM9,000 untuk pelancong mewah.
Secara umum, para penggemar cenderung mengalokasikan antara RM500-RM1.500 untuk perbelanjaan hobi.”
Walau bagaimanapun, jika anda tidak bercadang untuk melancong pada bulan November, jangan risau! Lebih dekat dengan rumah, terdapat acara Pokémon Run pada 10 November 2024, yang diadakan sempena Festival Pokémon yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil pada 7 – 10 November 2024.