Kalau hujung minggu bagi anda bermaksud jalan-jalan santai, lepak di café cantik, atau hunting spot OOTD baru, anda pasti suka dengan berita ini.

Jenama kasut asal Singapura, Sunday Staples yang terkenal dengan sandal super selesa, kini akhirnya tiba di Malaysia dengan membuka stor pertama mereka di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jenama ini bukan sekadar tentang kasut. Sunday Staples bawa satu vibe, gaya effortless yang sesuai untuk wanita moden yang sentiasa on-the-go dan mementingkan keselesaan. Kaki melecet tiada dalam ‘kamus’!

Bayangkan sandal yang cukup chic untuk café hopping, cukup selesa untuk menjelajah kota, dan cukup menarik untuk dibawa untuk percutian pantai dan kota. Yes, that’s the Sunday Staples magic.

Cloud Series, merupakan koleksi paling ikonik jenama ini dan ia menjadi buruan ramai. Dengan alas kaki ultra-lembut dan anjal, setiap langkah bagaikan berjalan di atas awan yang empuk. Siluetnya yang sleek dan feminin, sesuai untuk apa saja gaya, sama ada gaun linen atau jeans.

Cuaca Malaysia? Jangan risau!

Kita semua tahu betapa unpredictable cuaca di sini, dan negara jiran terdekat. Kadang panas terik, tiba-tiba hujan.

Sunday Staples memahami masalah itu. Dek kerana itulah, Sunday Staples menggunakan bahan berkualiti tinggi dan inovatif, termasuk kulit mikrofiber, pilihan vegan yang jauh lebih tahan lama, serta linen kalis air, satin kalis air, dan suede kalis air yang baru diperkenalkan.

Ini bermakna, sandal anda bukan saja tahan lasak, tapi tetap nampak elegan walau apa pun keadaan cuaca.

Satu lagi yang menarik, setiap rekaan Sunday Staples disesuaikan dengan bentuk kaki Asia. Daripada tali kulit lembut, tambahan alas pada flats, sehinggalh sandal tumit rendah dan stabil, semuanya direka untuk keselesaan sepanjang hari tanpa mengorbankan gaya.

Idea OOTD atau percutian hujung minggu menyeronokkan

* Brunch di kafe: Sandal beige + gaun kembang + beg anyaman. Simple tapi Instagrammable.

* Weekend market stroll: Sandal rona pastel + seluar linen +  kemeja T + tote besar. Effortless dan praktikal.

* Airport chic: Cloud Series slides + oversized shirt + skinny jeans. Selesa untuk travel, tapi tetap stylish untuk OOTD.

Berikut adalah koleksi Cloud Series yang menjadi pilihan Travellah untuk percutian akan datang atau digayakan di setiap hujung minggu:

1) Chantal Irregular Strap Cloud Sliders in Waterproof Linen

2) Jessa Cloud Sliders in Pearl Waterproof Satin

3) Willette Cloud Heels in Cream

4) Charleey Irregular Strap Cloud Sandals in Waterproof Linen

5) Hyacinth Interlocking Cloud Sliders in Brown Waterproof Suede

6) Bondi Cloud Sliders in Taupe

Jika ada yang berkenan di mata, tunggu apa lagi? Cepat-cepat ke Sunday Staples, Pavilion Bukit Jalil (Aras 3-64, Pink Zone).

Sunday Staples bukan sekadar tentang kasut. Ia tentang gaya hidup, untuk anda yang suka bergerak, suka nampak kemas dan cantik, dan paling penting, mahu kekal selesa tanpa kompromi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunday Staples dan rangkaian kasutnya, sila layari laman web Sunday Staples (https://sundaystaples.com/en-my) atau ikuti mereka di Facebook (@Sundaystaples) dan Instagram (@sundaystaples).

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah