Kita sudah hampir tiba di penghujung tahun 2020 dan wabak Covid-19 masih lagi berleluasa di seluruh dunia. Dalam kesibukan kita cuba membendung pandemik ini dan mematuhi pelbagai peringkat ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ atau PKP,  ramai selebriti cuba memanfaatkan waktu mereka di rumah dengan berkongsi pelbagai pekara dii laman-laman media sosial. Kami di Travellah sempat bertanya beberapa orang rakan selebriti lelaki tentang aktiviti mereka sewaktu melakukan PKP. Ikuti lima soalan kami yang telah dijawab oleh Dato Fazley Yaakob, Imran Ajmain dan juga Nas-T…

1. Sepanjang tempoh PKP, adakah anda telah mempelajari sesuatu kemahiran yang baru atau menemui sebuah minat yang baru ?

Dato Fazley Yaakob : Sebenarnya sepanjang PKP ini tidaklah banyak sangat perkara baru tetapi saya ada menemui beberapa resepi baru, cara-cara baru untuk membuat pastri serta teknik baru untuk menyunting video buat promosi di media sosial. Kemahiran baru ini banyak diperolehi kerana sepanjang PKP banyak juga masa terluang menonton video dan mendapat maklumat dari plebagai laman atas talian. Selain itu dengan kemahiran yang dah sedia ada, saya cuba asahkan menjadi lebih sempurna kala berada di rumah.

Imran Ajmain : Saya sebenarnya mula belajar menghargai makanan luar daripada yang biasa dimakan, Dan oleh kerana itu saya juga sempat belajar memasak sedikit.

Nas-T : Sepanjang PKP ini, saya telah menceburi bidang perniagaan dengan adik dan rakan kongsi saya. Alhamdulillah kini kami telah membuka sebuah kedai ‘Vape’ di Subang Jaya

2. Negara mana yang paling anda rindui untuk pergi bercuti dan kenapa?

Dato Fazley Yaakob : Dua negara yang paling saya rindui adalah Peranci dan Indonesia. Saya rindukan kota Paris, saya rindu membuat kelas dan berada di dalam kelas di Cordon Bleu Paris. Kalau Indonesia pula saya rindukan makanannya, kerana saya sering melakukan proses kajian dan pembangunan melalui makanan mereka terutama di Jakarta dan Bandung (kerana saya mempunyai ramai kawan di situ) .

Imran Ajmain: Singapura sebab saya sudah lama terpisah dengan keluarga.

Nas-T : Afrika Selatan kerana banyak kenangan manis dan tempat menarik yang saya pergi sewaktu berkunjung ke sana dulu.Satu hari nanti saya berhajat untuk membawa keluarga saya pula ke sana.

3. Apa yang ingin sangat anda lakukan setelah PKP ini berakhir?

Dato Fazley Yaakob : Selepas PKP berakhir, saya ingin menyiapkan cawangan utama Suka Sucre Bistro yang baru kerana dah tertangguh berbulan-bulan gara-gara PKP ini. Saya harap rancangan untuk merenovasi dapat berjalan seperti biasa. Selain itu saya juga ingin meneruskan projek untuk mengembangkan restoran Minangkapau sehingga ke Bandung dan Jakarta. Buat masa inikedainya sudah ada tetapi belum boleh beroperasi kerana PKP juga.  

Imran Ajmain : Saya ingin memulakan perniagaan dan meneruskan projek-projek yang sudah lama tertangguh.

Nas-T : Saya ingin kembali beraksi di atas pentas membuat persembahan

4. Apa yang paling anda sukai tentang PKP? 

Dato Fazley Yaakob : Jujur saya cakap walaupun kedengaran agak lucusaya suka PKP sebab jalan lengang dan rasa seperti boleh main badminton di tengah jalan. Selain itu saya gembira kerana dapat habiskan masa dengan keluarga selama 24 jam sehari! 

Imran Ajmain : Saya paling suka kerana saya tidak perlu menghadiri mesyuarat di luar  

NasT : Saya dapat meluangkan masa bersama keluarga tanpa memikirkan kerja 

5. Apakah yang paling anda bimbangkan sepanjang musim pandemik ini dan perubahan apa yang paling rumit buat anda?  

Dato Fazley Yaakob :  Yang paling saya risaukan adalah kelangsungan hidupkesihatan anak anak dan keluarga sayaKhasnya ibu saya yang sudah hampir 70 tahun umurnya. Selain itu sudah tentu saya bimbangkan perniagaan Suka Sucre Bistro dan restoran Mingakapau saya.

Saya harap walaupun nanti selepas pandemik berakhir, cara hidup akan berubah dan semua orang lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat palsuserta lebih menitikberatkan kesihatan. Zaman sekarang ramai yang mencari tahu tentang kesihatan fizikal dan mental  gara-gara pandemik. Saya harap kita semua akan melakukan yang terbaik untuk diri masing-masing. 

Imran Ajmain : Saya takut ia berpanjangan sehingga saya tidak dapat balik berjumpa dengan keluarga di Singapura. 

Nas-TSaya amat bimbang kalau negara kita tidak oleh lagi mengawal pandemik ini. Perubahan paling merumitkan untuk saya adalah untuk mencari jalan lain demi mencari rezeki dengan melakukan sesuatu yang lain daripada apa yang saya tahu lakukan. 

Share:
, , , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *