Taman Safari Indonesia (TSI), destinasi pemuliharaan hidupan liar dan edutainment terkemuka di Indonesia, kini memperkukuh kehadirannya di Malaysia bagi menginspirasi keluarga dan pelancong untuk memilih Indonesia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan hidupan liar seisi keluarga.

Dengan enam taman safari dan empat resort di seluruh Indonesia, TSI telah meraih pensijilan antarabangsa serta pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan.

Ini sekaligus menunjukkan peranannya sebagai peneraju dipercayai dalam bidang pemuliharaan, pendidikan dan pelancongan hidupan liar. Juga menyokong inisiatif pemuliharaan dalam memastikan industri pelancongan dan kelestarian berjalan seiringan.

Marine Safari Bali – Sebuah taman pemuliharaan marin utama dengan zon bertemakan ekosistem hutan hujan tropika hingga ke dasar lautan. Pengunjung boleh menemui ikan pari, penguin dan jerung, juga tarikan utamanya iaitu Varuna, merupakan pertunjukan teater bawah laut pertama di Indonesia yang menggabungkan hiburan dengan mesej pemuliharaan marin.

The Grand Taman Safari Prigen, Jawa Timur – Taman safari terbesar di Asia Tenggara ini terkenal dengan pengalaman unik Sarapan dan Makan Malam bersama Zirafah di Baobab Safari Resort yang membolehkan tetamu menjamu selera bersebelahan zirafah yang berkeliaran bebas.

Selain pengalaman ini, TSI turut memainkan peranan aktif dalam pemuliharaan global. Ia menguruskan program pembiakan spesies terancam seperti orang utan, burung jalak Bali dan naga Komodo.

TSI juga mengambil beberapa inisiatif dengan penglibatan di platform antarabangsa seperti persidangan EAZA.

Persidangan EAZA merupakan mesyuarat atau perhimpunan rasmi yang dianjurkan oleh European Association of Zoos and Aquaria.

Projek kolaborasi juga merangkumi pemuliharaan panda gergasi bersama negara China dan usaha perintis pemeliharaan genetik melalui bank sperma harimau serta program pelepasan hidupan liar.

“Malaysia lebih daripada sekadar jiran. Ia adalah rakan utama dalam visi kami untuk menawarkan pengalaman pelancongan mesra keluarga, berpendidikan dan berteraskan pemuliharaan.”

“Kami dengan sukacitanya menjemput para pelancong Malaysia untuk meneroka taman kami, mengenali kepelbagaian biodiversiti Indonesia dan bersama kami dalam misi melindungi hidupan liar untuk generasi akan datang,” kata Alexander Zulkarnain, Pemangku Pegawai Pemasaran ACT, Taman Safari Indonesia Group.

Ketua Jabatan Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Jakarta, Andhika Permata, turut menekankan transformasi Jakarta sebagai sebuah destinasi pelancongan terhebat.

“Dengan membawa tema Enjoy More The Unexpected of Jakarta, kota ini bukan lagi sekadar tempat transit atau perniagaan. Jakarta telah berubah menjadi destinasi penuh pengalaman. Dari warisan hingga pencakar langit, dari makanan jalanan hingga santapan mewah. Jakarta menawarkan segalanya,” kata Andhika Permata.

TSI juga memberi sumbangan kepada komuniti tempatan melalui penyediaan peluang pekerjaan, mendapatkan bekalan makanan haiwan daripada petani setempat, bekerjasama dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), serta menyokong pembangunan desa pelancongan.

Usaha ini memastikan manfaat pelancongan melangkaui pengunjung, sekaligus mendorong pertumbuhan mapan bagi masyarakat sekitar.

Dengan hubungan budaya yang erat, jarak yang dekat dan minat rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap pelancongan keluarga yang bermakna, Taman Safari Indonesia bersedia menjadi pilihan utama pelancong Malaysia yang mencari bukan sahaja pengembaraan, tetapi juga perjalanan yang memberi impak positif kepada pemuliharaan hidupan liar.

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah