Terlepas peluang mendapatkan tawaran penerbangan sempena jualan mega 12.12? Vietjet kini mengubat kekecewaan pelancong Malaysia dengan jualan singkat eksklusif selama tiga hari, menawarkan potongan sehingga 100% tambang asas untuk perjalanan tahun hadapan.

Dengan cuti dan perayaan 2026 yang semakin hampir, promosi ini memberi peluang terbaik untuk menempah tambang mampu milik lebih awal sebelum tempat duduk habis terjual.

Promosi ini akan berlangsung dari 1:00 pagi, 17 Disember hingga 12:00 tengah malam, 20 Disember 2025 (waktu Malaysia, UTC+8), dan menggalakkan pelancong untuk mula merancang percutian ke Vietnam serta destinasi lain dalam rangkaian Vietjet.

Rakyat Malaysia boleh menikmati penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City untuk pengembaraan makanan, ke Hanoi bagi pengalaman budaya, atau ke Da Nang untuk percutian pantai yang menenangkan – semuanya pada nilai yang luar biasa.

Penumpang yang menempah tambang Eco melalui www.vietjetair.com atau aplikasi mudah alih Vietjet Air hanya perlu menggunakan kod promosi BIGTHANKS untuk menikmati diskaun sehingga 100% ke atas tambang asas (tidak termasuk cukai dan yuran).

Tawaran ini sah untuk penerbangan domestik dan antarabangsa dalam rangkaian Vietjet, dengan tempoh perjalanan dari 5 Januari hingga 31 Disember 2026.

Sebagai tambahan, penumpang Eco bagi penerbangan antarabangsa Vietjet turut menikmati 20kg bagasi daftar masuk percuma serta eSIM SkyFi percuma dengan data berkelajuan tinggi sebanyak 500MB untuk kegunaan di Vietnam, sah selama 31 hari dari tarikh ketibaan.

Keistimewaan ini tersedia untuk tempahan yang dibuat sehingga 31 Disember 2025.

Popular dalam kalangan pelancong Malaysia kerana tambangnya berbaloi dan rangkaian penerbangan ke Vietnam yang semakin meluas, Vietjet terus meningkatkan pengalaman penerbangan dengan armada moden dan cekap bahan api, kru kabin mesra serta menu dalam pesawat yang menampilkan sajian kegemaran Vietnam dan pilihan antarabangsa.

Penumpang juga boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran melalui program kesetiaan SkyJoy dengan akses kepada ganjaran daripada lebih 250 jenama merangkumi pelancongan, makanan, beli-belah dan gaya hidup.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut di www.vietjetair.com

Share:
, , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah