Pakaian memang memainkan peranan besar untuk setiap pengembaraan yang dirancang. Kalau salah memilih pakaian untuk digayakan, pasti percutian menjadi serba tidak kena.
Untuk musim percutian kali ini, anda boleh bergaya dengan helaian daripada Levi’s® yang mementingkan keselesaan untuk setiap pergerakan.
Untuk musim panas dan bunga kali ini, Levi’s® mempersembahkan koleksi Summer Lifestyle yang memperkenalkan semula keperluan stail cuaca panas yang meraikan siluet dan padanan santai.
Summer Lifestyle terarah kepada serlahan gaya yang bukan sahaja tampak cool, malah memberikan rasa sejuk di bawah terik matahari.

Untuk himpunan wanita, Summer Lifestyle memberi tumpuan kepada fabric ringan dan boleh bernafas dalam padanan gaun serta skirt variasi potongan, di samping blaus, seluar pendek dan romper.
Sorotan denim termasuk Surplus Romper dan Vest Romper, iaitu dua romper bergaya dan ringan dengan sentuhan gaya Barat, Alessie Bustier Dress, gaun bustier bertali halus yang lembut dan ringkas daripada denim ringan pudar, serta interpretasi musim panas bagi koleksi klasik Levi’s®, iaitu Embroidered XS Vest bersulam.



Jort tidak ketinggalan hadir dengan tenaga baharu menerusi kepelbagaian potongan moden, daripada potongan ultra longgar sehinggalah potongan kemas paras pertengahan paha.
Baggy Dad Jort memberikan gaya santai seakan helaian yang dipinjam daripada gerobok lelaki, manakala Mid-Thigh Short menawarkan stail lebih kemas.
Untuk penampilan ke festival, padankan Baggy Dad Jort bersama Sunrise Crochet Tank bagi gaya boho pantai, atau gayakan secara lebih kemas dengan Sonny Novelty Camp Shirt dan kasut ballet rata.
Mid-Thigh Short nyata sesuai untuk gaya siang dan malam, dipadankan dengan Boxy Tank dan sepatu loafer untuk sentuhan yang lebih elegan.
Untuk lelaki, pilihan utama pastinya merangkumi seluar pendek longgar serta kemeja-T dan padanan atas yang santai.
Antara helaian utama termasuk Sunset Camp Shirt, Terry Pocket Polo dan Kemeja-T Grafik Vintage Fit. Bagi seluar pendek pula, koleksi Summer Lifestyle menawarkan keselesaan maksimum dengan XX Authentic Relaxed Shorts dan jorts.





Jorts kekal sebagai pilihan utama musim ini, dengan potongan yang lebih besar dan labuh. Pilihan seluar pendek Baggy Cargo dan 478 Baggy pula menyerlahkan gaya kasual dan selesa, yang menarik digabungkan bersama kemeja-T grafik berinspirasikan vintaj atau kemeja berbutang potongan pendek.
Tidak ketinggalan 468 Loose Shorts diangkat sebagai alternatif berani kepada seluar pendek tradisional. Padankan dengan stoking dan loafer atau gayakan secara santai dengan kemeja longgar, jorts ini pastinya mencuri tumpuan dan menarik perhatian ramai.
Koleksi bagi meraikan musim bunga/panas ini boleh didapati di semua butik Levi’s® seluruh negara dan di https://levi.com.my/.

