Platform e-dagang pilihan ramai, Shopee sekali lagi lagi tampil dengan kempen Ramadan Raya untuk musim perayaan kali ini.

Kempen kali ini menghubungkan lebih 30 jenama dan 900 rakan Shopee Affiliate menerusi Shopee House: Rumah Terbuka Shopee yang diadakan di The Yard, Sentul Depot baru-baru ini.

Acara ini berfungsi sebagai hab rangkaian yang membolehkan affiliate dan jenama berhubung, bekerjasama, dan berkembang bersama.

Menjelang ulang tahun ke-10 Shopee, inisiatif ini mengukuhkan komitmen Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan memperkasa pencipta kandungan digital. 

Selain insentif dan teknologi, Shopee menekankan peranan kolaborasi dan komuniti dalam membentuk kejayaan ahli affiliate.

Di Shopee House, ahli affiliate berpeluang mencuba produk baharu dan terlaris daripada jenama pilihan serta bekerjasama dalam mengetengahkan produk melalui ulasan autentik dan bermakna di reruai jenama.

Acara ini turut menampilkan ‘Sesi Padanan Livestream Jenama-Affiliate’, di mana Shopee Affiliate terkemuka membantu meningkatkan kesedaran jenama dan keterlihatan produk di kalangan pengikut mereka.

Lebih 30 jenama dan 900 rakan Shopee Affiliate menghadiri Shopee House: Rumah Terbuka Shopee baru-baru ini

“Sebagai meraikan pencapaian 10 tahun Shopee, kami meneruskan komitmen untuk memperkasa ahli affiliate dengan pelbagai inisiatif bagi memastikan setiap daripada mereka mampu mengukir kejayaan.”

“Tahun ini, kami memperkenalkan inisiatif strategik seperti Livestream Ads Incentives dan Content Creator Club bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan dan mengoptimumkan strategi penglibatan mereka.”

“Program-program ini direka untuk menyediakan pandangan, sumber, dan insentif yang diperlukan bagi mempercepat pertumbuhan serta meningkatkan impak mereka dalam dunia e-dagang digital,” ujar Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit.

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit

Perdagangan berasaskan kandungan kini mentransformasikan tingkah laku pengguna dengan program Shopee Affiliate memainkan peranan penting dalam menghubungkan jenama dan pembeli melalui kandungan yang menarik dan informatif.

Jumlah pesanan yang dipacu oleh affiliate meningkat sebanyak 81% pada tahun 2024 berbanding tahun lalu yang menunjukkan kepercayaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman membeli-belah berdasarkan dorongan ahli affiliate yang menggunakan teknologi strim langsung dan video dagang Shopee.

Dengan permintaan semakin tinggi terhadap membeli-belah secara interaktif, pesanan Shopee Live melonjak sebanyak 248% dalam tempoh yang sama, membuktikan kepentingan pencipta kandungan dalam ekonomi digital hari ini. 

Menonjolkan lagi kuasa komuniti dalam memacu kejayaan ahli affiliate, Shopee House menonjolkan Shopee Affiliate sebagai suara kreatif yang merapatkan hubungan antara jenama dan pengguna menerusi Shopee Live.

Pengguna platfrom ini boleh mendapat ilmu berharga mengenai trend pemasaran affiliate serta menyertai sesi perkongsian ilmu bersama pencipta kandungan terkemuka, Khairul Aming dan Iman Kamil.

Acara ini berfungsi sebagai platform bagi ahli affiliate baharu dan berpengalaman untuk mengasah strategi mereka, bertukar idea, dan meningkatkan impak dalam landskap e-dagang digital yang sentiasa berkembang. 

 “Penstriman langsung mungkin mencabar pada awalnya, tetapi dengan komuniti dan sokongan yang kukuh, sesiapa sahaja boleh berjaya.”

“Program Shopee Affiliate membuka peluang untuk belajar, berhubung, dan membina keyakinan. Mulakan kecil, kekal autentik, dan teruskan meneroka,” kongsi Khairul Aming, ahli Shopee Affiliate & pempengaruh terkemuka. 

 “Meluaskan capaian kandungan bukan sekadar tentang algoritma, tetapi juga membina hubungan.”

“Shopee House memberi ruang untuk berinteraksi dengan jenama dan menemui peluang baharu. Dengan Program Shopee Affiliate, pencipta kandungan boleh pupuk minat menjadi pendapatan. Kekalkan konsistensi dan keaslian.” kata Iman Kamil, ahli Shopee Affiliate & pencipta kandungan. 

Ahli-ahli Shopee Affiliate juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pelbagai  jenama terkenal Malaysia di Shopee House seperti 3CE, 888 Tea & Coffee, Beauty of Joseon, Cosmoderm, Dazzle Me, Dr. Cardin, Gaias, Kérastase, Kiehl’s, La Roche-Posay, Masdora, Mono Digital, The Pastels Shop, dan The Raw Skin.

Jenama-jenama ini menunjukkan komitmen mereka terhadap pemasaran affiliate sebagai pemacu utama pertumbuhan e-dagang. 

 Dalam usaha Shopee menyokong bakat tempatan dalam ruang digital, platform ini secara rasminya mengumumkan kumpulan popular De Fam sebagai duta kempen Ramadan Raya 2025.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah