Percutian merupakan sesuatu yang diidamkan oleh kebanyakan orang di dunia ini. Keinginan untuk melihat negara orang yang pastinya berbeza dengan negara sendiri menambahkan lagi rasa ingin tahu tentang apa yang ada di luar sana.
Namun masih ramai yang kurang percaya ataupun memahami bahawa bercuti juga bukanlah bermaksud melancong ke tempat-tempat yang jauh semata-mata. Kadangkala lokasi yang berdekatan juga ada lebih banyak tarikan yang tidak dijangka.
Bagi kita yang tinggal di Malaysia, kita dianggap negara yang beruntung kerana kedudukan Malaysia di tengah-tengah Asia Tenggara memudahkan laluan ke banyak negara-negara lain di sekeliling kita.
Antara negara yang popular sebagai destinasi percutian buat rakyat Malaysia adalah Indonesia, Singapura serta Thailand yang bersempadan dengan kita.
Namun sebuah lagi negara yang semakin mendapat tempat sebagai destinasi percutian di kalangan penduduk Malaysia adalah Vietnam.

Vietnam mempunyai daya tarikan tersendiri berkat sejarah dan warisan budayanya yang unik. Selain pernah menjadi jajahan Perancis satu ketika dahulu ia banyak dipengaruhi oleh negara China yang bersempadan dengannya.
Selain itu, Vietnam juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang menawarkan pelbagai pengalaman yang berbeza.
Namun bagi ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam, ada beberapa perkara yang perlu difikirkan setiap kali melancong ke luar negara, khasnya ke negara-negara bukan Islam.
Yang paling ketara adalah soal makanan Halal. Mencari tempat yang menjual makanan Halal kadang agak sulit di negara-negara bukan Islam.

Oleh sebab itu lebih mudah jika ada badan atau agen yang boleh membantu soal percutian dan kembara yang mesra-Muslim.
Untuk itu pihak Mhd Amin Tourism mengungguli usaha tersebut. Ini kerana, ia dinaungi oleh rakyat Vietnam sendiri yang beragama Islam.
Sebagai warga Vietnam sendiri, mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Vietnam. Selain itu wakil pihak Mhd Amin Tourism terdiri daripada masyarakat Melayu yang berasal dari keturunan Melayu Champa.

Kebanyakan dalam kalangan mereka bukan sahaja beragama Islam tetapi juga mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. Ini memudahkan sebarang interaksi sepanjang percutian dan perjalanan.
Malah, ramai juga dalam kalangan mereka yang mendapat pendidikan Islam di Malaysia sewaktu melanjutkan pengajian.
Ini membantu meyakinkan para tamu yang menggunakan perkhidmatan mereka, kerana mereka tahu erti sebenar maksud kata Halal secara terperinci.
Tamu tak perlu ragu soal makan keran tempat makan pilihan mereka dijamin Halal sepenuhnya.



Selain itu mereka menyusun jadual percutian dengan baik sambil memasukkan juga waktu terluang untuk menunaikan solat.
Malah mereka juga tahu di mana lokasi-lokasi yang mempunyai masjid atau musola untuk menunaikan solat.
Selain menyediakan perkhidmatan pakej percutian mesra-Muslim berkumpulan, mereka juga menyediakan percutian khas keluarga atau kumpulan persendirian.
Ini bermakna jika ada tamu yang ingin bercuti dalam kumpulan sendiri tak tidak mengikuti kumpulan lain, mereka mampu mereka-cipta percutian khas sedemikian.
Mhd Amin Tourism menyediakan percutian mesra-Muslim ke pelbagai destinasi di seluruh Vietnam.

Antara destinasi-destinasi menarik di Vietnam termasuk Ho Chi Minh, Hanoi, Danang, Phu Quoc, Sapa, Dalat dan banyak lagi.






Jadi buat para Muslimin dan Muslimat, kalau ingin ke Vietnam dan bercuti tanpa sebarang rasa was-was, pastikan anda menggunakan perkhidmatan Mhd Amin Tourism yang dijamin Halal dan mesra-Muslim sepenuhnya.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi dan layari lama Facebook mereka di https://www.facebook.com/share/164nWmsb7c/?mibextid=wwXIfr