Vietjet mengakhiri tahun 2024 dengan penambahan dua buah pesawat canggih A321neo ACF (Airbus Cabin Flex) dari Airbus. Untuk memenuhi permintaan yang tinggi semasa Tahun Baru Lunar, perayaan terbesar di Vietnam, syarikat penerbangan ini juga telah memperkenalkan empat buah pesawat pajakan basah pada 8 Januari.
Pencapaian ini mencerminkan pertumbuhan dan peluasan rangkaian penerbangan yang memberangsangkan untuk setahun lalu, serta menyiapsiagakan syarikat tersebut untuk memperolehi kejayaan yang lebih besar pada 2025.
Pada tahun 2024, Vietjet telah menambah 10 buah pesawat baru ke dalam kumpulan pesawatnya, menjadikan jumlah keseluruhan 115 buah pesawat Airbus. Syarikat penerbangan ini juga telah memperluaskan rangkaian penerbangannya kepada lebih 170 laluan domestik dan antarabangsa.

Rangkaian penerbangan ini menghubungkan pelbagai destinasi di seluruh Vietnam dan antarabangsa, termasuk Malaysia, Australia, India, China, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Singapura, Laos, dan Cambodia, serta memenuhi permintaan pelancong yang meningkat.
Pesawat A321neo ACF yang baru diterima adalah daripada siri A320 yang cemerlang dan menampilkan reka bentuk inovatif yang membolehkan susun atur kabin yang fleksibel untuk menampung sehingga 240 orang penumpang.
Pesawat ini juga mengurangkan pelepasan sisa dan lebih senyap berbanding model sebelumnya. Ini memperkukuhkan komitmen Vietjet untuk memacu pembangunan mampan dan mencapai sasaran pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.
Dengan adanya kumpulan pesawat moden dan rangkaian penerbangan yang luas di seluruh rantau Asia-Pasifik, Vietjet bersedia untuk memberikan pengalaman perjalanan yang selamat, mampu milik, dan menggembirakan.
Pesawat baru telah diguna pakai dalam perkhidmatan pada awal 2025 bagi meningkatkan kapasiti penerbangan syarikat untuk perjalanan yang lebih lancar bagi memenuhi permintaan yang tinggi semasa Tahun Baru Cina dan musim cuti yang bakal tiba.

Sejak November tahun lepas, Vietjet telah mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan menawarkan perjalanan pergi-balik harian antara Kuala Lumpur–Hanoi.
Dengan 14 penerbangan mingguan yang kini menghubungkan ibu negara Malaysia ke dua buah bandar terbesar di Vietnam, Hanoi dan Ho Chi Minh City, syarikat penerbangan ini berjaya menggandakan kapasiti untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, bagi perjalanan untuk tujuan perniagaan dan rekreasi antara kedua-dua negara.