Tahun ini, negara kita telah diserang kes taun atau kolera yang telah dikesan di daerah Petaling. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kolera ialah penyakit berjangkit akut yang menyebabkan cirit-birit teruk akibat pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan bakteria, Vibrio cholerae, yang boleh menyebabkan kematian akibat dehidrasi yang teruk.

Kebanyakan kes kolera adalah tanpa gejala dan dalam kalangan mereka yang mengalami gejala, majoriti mengalami gejala ringan atau sederhana manakala minoriti mengalami cirit-birit berair akut dengan dehidrasi yang teruk . Kolera adalah salah satu penyakit wabak tertua yang dicatatkan dalam sejarah dan ia berkait rapat dengan akses yang tidak mencukupi terhadap air bersih dan sistem sanitasi. Walaupun ia berkemungkinan besar tidak akan berjangkit daripada satu orang kepada orang yang lain, ia boleh merebak dengan cepat di kawasan tanpa rawatan kumbahan dan air bersih melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar secara langsung atau tidak langsung melalui najis atau muntah orang yang dijangkiti penyakit ini 2 . Dengan usaha yang sudah bertahun-tahun lamanya oleh sektor awam dan swasta untuk menambah baik rawatan kumbahan dan rawatan air di negara ini, kebanyakan rakyat Malaysia dapat menikmati air yang bersih dan selamat untuk kegunaan harian mereka sambil mengelakkan penyakit bawaan air.

Walau bagaimanapun, pengesanan kes kolera di kawasan bandar negara kita sekali lagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan gaya hidup bersih dan penggunaan air yang sihat dalam kehidupan harian. Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco Malaysia berkongsi bahawa air, sanitasi dan kebersihan diri adalah strategi utama dalam mencegah dan mengawal penyebaran penyakit bawaan air. “Air adalah sumber kehidupan. Semua hidupan termasuk manusia bergantung kepada air. Memandangkan air digunakan secara meluas dalam setiap aspek kehidupan kita sama ada untuk minum, penyediaan makanan, tujuan rekreasi atau kegunaan domestik, peningkatan akses terhadap air bersih dan selamat serta pengurusan sumber air yang lebih baik adalah penting untuk memastikan kesejahteraan mereka yang menggunakannya,” kata Encik Koo.

“Pencemaran yang terdapat dalam air adalah punca penularan penyakit bawaan air seperti kolera. Namun, ia boleh dielakkan jika sumber air diurus dengan betul (tidak kira sama ada untuk kegunaan komersial atau peribadi) dan selain itu, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk turut berusaha bagi gaya hidup bersih” tambah Encik Koo.

Walaupun sektor kerajaan dan swasta sentiasa berusaha untuk meningkatkan akses kepada air bersih untuk rakyat negara, terdapat beberapa cara pencegahan mudah yang boleh anda sertakan ke dalam rutin harian untuk perlindungan tambahan bagi diri anda dan keluarga tersayang daripada penyakit bawaan air.

  1. Pastikan kualiti air isi rumah
    Air isi rumah atau air domestik adalah air yang kita gunakan untuk rutin harian kita seperti minum, memasak, mandi, menggosok gigi, mencuci dan banyak lagi. Ramai di antara kita sudah tentu telah mengalami potongan bekalan air yang berlaku sekali atau dua kali setahun dan telah pun melalui kesukaran untuk menjalankan rutin harian tanpa air bersih. Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan aliran air bersih yang berterusan di rumah kita ialah dengan penyimpanan air yang selamat (dalam bekas tertutup) sebagai langkah penyediaan untuk menghadapi situasi dimana kita tidak mempunyai akses kepada air bersih. Selain itu, anda boleh memasang sistem penapisan air isi rumah yang berkualiti tinggi seperti yang dibekalkan oleh Waterco, syarikat penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, untuk menghapuskan bahan berbahaya dalam air yang mampu menjejaskan kesihatan kita. Walaupun secara umumnya air yang sampai ke rumah kita telah pun dirawat dengan betul oleh pihak yang bertanggungjawab, tidak ada salahnya untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk menapis air sebelum kita menggunakannya.
  1. Minum air bersih dan pastikan kebersihan apabila menyediakan makanan
    Walaupun kita mempunyai akses kepada air paip yang bersih untuk kegunaan harian, kita dinasihatkan untuk memasak air tersebut sebelum digunakan untuk minum atau makan sebagai langkah berjaga-jaga. Mendidihkan air adalah cara yang berkesan untuk menjadikan air lebih selamat untuk diguna kerana ia membantu membunuh bakteria yang tidak diingini dan berbahaya kepada kesihatan kita. Membiarkan air mendidih selama sekurang-kurangnya satu minit sebelum diminum atau menggunakannya untuk penyediaan makanan adalah digalakkan. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan air yang ditapis dan air botol untuk kegunaan harian. Selain daripada menggunakan air bersih untuk penyediaan makanan, kita juga harus memberi perhatian terhadap kebersihan semasa menyediakan makanan kerana makanan yang tidak bersih boleh mengakibatkan bukan sahaja penyakit bawaan air, tetapi juga cirit-birit, keracunan makanan dan sebagainya. Pastikan juga untuk membersihkan tempat penyediaan makanan atau kawasan dapur dengan sabun dan air yang selamat sebelum memasak.
  1. Masak makanan dengan sempurna
    Bagi mereka yang gemar memasak, pastikan anda memasak makanan sepenuhnya apabila anda memasak makanan laut dan daging. Daging mentah mengandungi bakteria berbahaya dan daging yang tidak disimpan dan dimasak dengan betul boleh menyebabkan keracunan makanan dan penyakit lain. Sebagai alternatif, jika anda benar-benar mengidam makanan seperti sashimi dan daging separuh masak, anda boleh mengunjungi restoran yang mempunyai tahap kebersihan yang tinggi sepanjang proses penyimpanan, penyediaan dan memasak untuk menikmati hidangan yang selamat dan lazat tanpa perlu menanggung kesan yang mungkin memudaratkan kesihatan!
  2. Kerap basuh tangan Kerap menjaga kebersihan tangan telah menjadi norma baharu sejak penularan wabak COVID-19. Ia adalah salah satu cara yang mudah tetapi berkesan untuk mencegah daripada penyakit dan seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Apabila tangan kita sentiasa bersih, kita boleh mengurangkan kebimbangan lalu memastikan kebersihan dalam proses penyediaan makanan. Basuh tangan anda dengan teliti dengan menggunakan air bersih dan sabun sambil memberi perhatian pada bahagian belakang tangan, kuku dan antara jari-jari anda.
  3. Kunjungi kolam renang yang disanitasi dengan betul Aktiviti berenang merupakan kegiatan yang sihat, namun ia juga penting untuk memastikan kolam renang tersebut mempunyai air yang bersih. Hal ini kerana penyakit bawaan air boleh merebak melalui pengambilan air yang tercemar. Pengambilan air yang mengandungi bakteria berbahaya boleh menyebabkan cirit-birit, kulit sensitif dan sebagainya. Oleh itu, pemasangan sistem penapisan air yang betul seperti yang disediakan oleh Waterco bersama pembersihan yang kerap dapat mengekalkan tahap kebersihan air yang tinggi. Walaupun pengurusan kolam renang bertanggungjawab untuk memastikan kolam renang dibersihkan dengan betul, para pengguna juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan memerhatikan kekerapan pembersihan berjadual dan mengunjungi kolam renang yang diyakini.

Kebersihan diri dan kebersihan makanan dan minuman menjadi sesuatu perkara yang tidak boleh diabaikan sejak penularan wabak COVID-19 dan pengesanan kes kolera baru-baru ini. Kedua-dua penyakit ini telah mengingatkan kita bahawa penjagaan kebersihan adalah sangat penting dan kita perlu menerapkan tabiat yang baik dalam kehidupan seharian kita untuk melindungi diri kita dan orang tersayang daripada sebarang ancaman kesihatan. Mula amalkan tabiat kecil dalam menjaga kebersihan untuk kehidupan yang sihat!

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *