Sudah bersedia untuk memulakan tahun baru ini dengan gaya hidup aktif dan menyegarkan? Sama ada merancang percutian singkat bersama rakan karib atau masa berkualiti bersama keluarga, Malaysia menawarkan pelbagai destinasi yang menggabungkan sukan dan rekreasi. Daripada mencuba trend kecergasan terkini sehingga menghayati keindahan alam semula jadi, ‘percutian mini’ ini menjanjikan keseronokan pada siang hari, dan rehat yang selesa pada waktu malam di penginapan Airbnb. Baik mengejar ombak, menjaringkan mata, ataupun mendaki hutan tropika, kami telah menyajikan senarai penginapan berikut bagi melengkapkan pengembaraan anda!
Keseronokan Tanpa Henti: Pickleball dan Gaya Hidup Mewah di Bangsar, Kuala Lumpur

Siap sedia dan kumpulkan ‘geng’ anda untuk percutian dan pertandingan Pickleball di Bangsar! Terletak berhampiran gelanggang Pickleball yang popular, vila peribadi yang luas ini direka khas untuk percutian berkumpulan. Ia dilengkapi dengan kolam renang peribadi, stesen BBQ, dapur, dan bilik permainan dengan satu meja pingpong. Selepas seharian bermain, santailah di kolam renang, nikmati BBQ yang lazat, atau berehat di balkoni sambil menikmati panorama bandar Kuala Lumpur. Dengan ruang yang luas untuk berkumpul, bermain, dan berehat, percutian anda pasti menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Mengejar Ombak: Menikmati luncur Ombak dan Kedamaian di Pulau Perhentian,
Terengganu

Tinggalkan hiruk-pikuk kota dan nikmati alunan ombak laut di Pulau Perhentian. Pulau ini menawarkan keadaan laut yang sempurna untuk meluncur ombak. Vila kayu yang selesa ini terletak di kawasan sunyi Perhentian Kecil, menjadikannya penginapan yang ideal untuk percutian luncur ombak, snorkelling ataupun menyelam. Tidak jauh adalah Pantai Chomel dan Pantai Keranji yang menampilkan pantai berpasir dan lokasi snorkeling yang menarik. Selepas seharian meluncur ombak, santailah di kerusi kayu di balkoni atau segarkan badan dengan mandi air panas. Dengan suasana yang damai dan kemudahan Wi-Fi yang baik, vila ini sempurna untuk percutian luncur ombak anda di musim monsun.
Bersantai dan Mendaki Gunung: Menghirup Udara Segar di Gunung Kinabalu, Sabah
Nikmati percutian di kabin yang mempesona di dataran tinggi Gunung Kinabalu, 1,500 meter di atas paras laut. Direka untuk keluarga atau kumpulan sehingga 8 orang, kabin ini menjadi pangkalan sempurna untuk menerokai salah satu gunung paling ikonik di Asia Tenggara, yang juga Tapak Warisan Dunia.
Dikelilingi kehijauan subur dan aliran sungai kecil, kabin ini mengundang anda bersantai di ruang dalamannya yang luas dan diperbuat daripada kayu tropika, lengkap dengan laluan kayu bertingkat. Sama ada menikmati udara gunung di balkoni atau bersantai di rumah bersama buku kegemaran anda, tempat ini menawarkan ketenangan jauh dari kesibukan harian. Bagi penggemar pengembaraan, ia terletak berhampiran Taman Negara Kinabalu dengan laluan serta puncak dakian yang ikonik. Untuk percutian lebih santai, kunjungi tarikan berhampiran seperti Mata Air Panas Poring, Ladang Tenusu Desa, atau nikmati pemandangan gunung-ganang yang memukau sambil bermain golf.
Keindahan Nostalgia: Perkampungan Pantai di Terengganu

Alami kehidupan perkampungan nelayan tradisional dengan menginap di Teratak Sekuchi, rumah kayu separa tradisional di tepi Laut China Selatan, yang telah dipindahkan ke perkampungan nelayan Mengabang Telipot yang aman damai. Ia menyatukan kekayaan warisan budaya Terengganu dengan elemen moden yang sederhana.
Di sini, anda boleh melupakan segala masalah sejenak dan mengalami kehidupan pesisir pantai yang santai. Sama ada membaca buku kegemaran anda di beranda, menerokai perkampungan nelayan berdekatan, atau sekadar menikmati bayu laut, percutian ini mengundang anda untuk menemui semula keindahan hidup yang sederhana.
Kedamaian di antara Pokok Pinus: Rumah Pokok yang Selesa di Janda Baik, Pahang
Jom larikan diri ke bukit-bukau Janda Baik dan menginap di rumah pokok yang memukau ini, cuma 40 minit dari Lembah Klang. Terletak pada ketinggian 500 meter dari paras laut, rumah pokok ini diperbuat daripada bahan kitar semula dan sangat serasi dengan alam sekitarnya.
Lebih menarik lagi, ia menawarkan pemandangan lembah yang menakjubkan dengan cuaca lebih sejuk, sekitar 5 hingga 6 celcius lebih rendah daripada tanah rendah. Sesuai untuk pasangan atau pengembara solo, suasana di sini dipenuhi desir dedaunan yang menenangkan jiwa, menjadikannya lokasi ideal untuk berehat atau memerhati burung. Tambahan pula, ia terletak di ladang yang beroperasi, dan anda berpeluang menerokai denai berjalan kaki, mendaki dan berbasikal yang berhampiran. Sama ada mencari ketenangan atau pengembaraan, penginapan mesra alam ini akan membawa anda menghayati semula kehidupan yang sederhana dan bahagia.