Skyline Luge Kuala Lumpur kini sedang meraikan ulang tahun pertamanya. Tarikan yang membawakan pengalaman unik, keterujaan, dan momen berharga buat pengunjung ini mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat sejak ia mula dibuka tahun lalu.

Biarpun pada awal pembukaannya ia mendapat kritikan hebat kerana tempoh beratur mengambil masa yang terlalu panjang, namun hari demi hari Skyline Luge Kuala Lumpur mampu mengatasi isu yang dibangkitkan, serta terus menambah baik operasi bagi memastikan setiap yang datang pulang dengan kegembiraan dan kepuasan.

Mengulas mengenai sambutan ulang tahun pertama itu, Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, Gavin Barnes berkata, sambutan ulang tahun ini bukan sekadar meraikan kejayaan mereka, namun, ia juga merupakan tanda penghargaan terhadap sokongan luar biasa yang diterima daripada komuniti, pengunjung, dan rakan kongsi.

“Sepanjang tahun lalu, kami telah menerima kunjungan yang begitu ramai daripada penggemar aktiviti luar dan seisi keluarga yang menjadikan Skyline Luge sebahagian daripada kenangan berharga mereka. Sambutan ini juga menzahirkan rasa terima kasih dan memperlihatkan komitmen kami untuk menawarkan lebih banyak pengalaman menakjubkan pada masa hadapan,” ujar Barnes.

Disokong oleh legasi 60 tahun inovasi dan kecemerlangan Skyline Enterprises, Skyline Luge Kuala Lumpur meletakkan dirinya dengan begitu pantas sebagai penanda aras dalam aktiviti hiburan serta aktiviti mendebarkan di rantau ini.

Sambutan ulang tahun pertama ini membuktikan sokongan berterusan daripada komuniti tempatan serta dedikasi Skyline untuk terus melangkaui batasan.

Skyline Luge Kuala Lumpur memberi anda peluang untuk merasai debaran menaiki Skyride dan luge untuk perlumbaan mendebarkan menuruni trek Luge!

Sambutan Sepanjang Bulan

Bagi meraikan sambutan istimewa ini, Skyline Luge Kuala Lumpur akan menganjurkan siri acara hujung minggu sepanjang bulan yang menggalakkan penglibatan komuniti di samping menawarkan pengalaman menarik buat pengunjung daripada semua peringkat umur.

Sambutan ini akan berlangsung setiap hari Sabtu dan Ahad, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik.  

Antara yang menanti pengunjung ialah persembahan muzik secara langsung, bzar komuniti yang membariskan vendor tempatan yang berbeza pada setiap minggu, aktiviti mesra keluarga dan yang paling utama, pengunjung yang membeli tiket kombo Skyline Luge Kuala Lumpur berpeluang mendapat pin enamel eksklusif #1YearIsNeverEnough sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun.

Jamu selera dengan pelbagai hidangan menarik di bazar jualan makanan.

Skyline Luge Kuala Lumpur mengalu-alukan kehadiran semua untuk menjadi sebahagian daripada sambutan istimewa ini. Untuk pembelian tiket dan mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual acara, promosi eksklusif, dan hadiah menarik, layari laman web mereka atau ikuti platform media sosial, Facebook atau Instagram.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah