Tidak dapat dinafikan terdapat ratusan penginapan di kawasan Lembah Kelang berdekatan pusat kota Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, namun ada yang lebih praktikal dan menawarkan harga yang berpatutan.
Tinggi memuncak di bandar raya Shah Alam, ibukota negeri Selangor, Fox Hotel Glenmarie adalah sebuah hotel berjenama antarabangsa dan terkenal dengan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.
Berpayungkan jenama tersohor Ascott, hotel ini mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Apatah lagi, jenama Ascott memang salah satu jenama penginapan antarabangsa yang sangat popular di mata dunia.
Kami berpeluang mencuba penginapan ini dan di sini kami senaraikan enam sebab mengapa kami suka hotel ini.
1. Terletak di kawasan yang strategik



Terletak di kawasan popular Glenmarie di Shah Alam, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik.
Selain berada di daerah yang berdekatan kawasan kediaman dan pusat perniagaan serta perindustrian komersial, jarak dari Lapangan Terbang Subang ke hotel ini juga sangat dekat. Jangka masa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ke sini juga tidak sampai 20 minit. Manakala jarak ke KLIA pula sekitar 40 minit.
2. Bilik yang cantik dan moden


Berbekalkan aneka bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas.
3. Makanan yang lazat





Ia juga dilengkapi dengan sebuah kafe khas yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat.
4. Ruang riadah yang luas


Tidak ketinggalan, hotel ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, dan gimnasium yang lengkap. Pemandangan dari kolam renang mereka yang luas juga sangat menyegarkan mata.
5. Harga berpatutan


Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa, hotel ini wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemudahan serta berlokasi strategik.
6. Mesra-Haiwan Peliharaan (Pet-Friendly)
Hotel ini juga sebuah hotel yang mesra-haiwan peliharaan atau ‘pet-friendly’. Ini bermakna para tamu boleh membawa haiwan peliharaan mereka menginap bersama jika tidak mahu meninggalkan teman kesayangan mereka di rumah.
Jadi, kalau mencari penginapan di kawasan Glenmarie dan Shah Alam, atau yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, kami syorkan anda untuk mencuba hotel ini!
Untuk maklumat lanjut layari Fox Hotel Glenmarie Shah Alam.