Perth sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan kesukaan warga Malaysia yang berkunjung ke Australia. Selain jaraknya yang tidak terlalu jauh berbanding negara-negara di Eropah dan kosnya yang tidak terlalu mahal, ia juga kerap menjadi tumpuan berkat ajnas pilihan penginapannya yang praktikal.
Tidak dapat dinafikan ratusan jenis penginapan di bandar raya Perth namun ada yang lebih menarik berbanding yang lain. Terletak di tengah bandar raya Perth di Australia, Quality Hotel Ambassador Perth merupakan sebuah penginapan berjenama antarabangsa dan terkenal dengan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.
Berpayungkan jenama tersohor Quality Hotel, hotel ini mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Apatah lagi, jenama ini memang salah satu jenama penginapan antarabangsa yang sangat popular di mata dunia, termasuk Australia.
Terletak di kawasan Adelaide Terrace di kawasan pusat perniagaan atau CBD Perth, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan yang dipenuhi peginapan berprestij serta pusat perniagaan komersial, ia juga tidak jauh dari Sungai Swan yang merupakan sungai ikonik kota Perth.
Jarak dari lapangan terbang ke penginapan ini juga tidak terlalu jauh. Jangka masa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth ke hotel ini juga tidak sampai 30 minit.
Malah, hotel ini juga berdekatan dengan lokasi perhentian bas persiaran pelancong, Hop On Hop Off Perth.
Berbekalkan aneka bilik hotel yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan penginapan mirip pangsapuri yang mempunyai dua bilik sambungan dengan ruang yang luas.
Tersedia sejumlah 170 pilihan bilik serta suite di hotel ini yang menjadikannya sesuai buat penginapan seisi keluarga ataupun kumpulan-kumpulan yang besar.
Ia juga dilengkapi dengan sebuah kafe iaitu Cafe 196 untuk tujuan sarapan yang menawarkan hidangan makanan tempatan yang lazat. Terdapat banyak pilihan makanan berasaskan sayuran dan ikan buat mereka yang tidak memakan daging dan seumpamanya.
Tidak ketinggalan, penginapan ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.
Buat yang menyewa kereta, tempat letak kereta khas juga ada tersedia di hotel ini.
Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa, Quality Hotel Ambassador Perth wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemudahan dan berlokasi strategik.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang mereka di Quality Hotel Ambassador Perth.
Sambungan internet Travellah sepanjang berada di Australia telah dikuasakan oleh Samurai WiFi yang memberi perkhidmatan lancar tanpa gangguan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Samurai WiFi.
- Gambar sampingan oleh Yuleyana Amir