Airbnb mempunyai lebih daripada 7 juta kediaman di seluruh dunia. Setiap kediaman adalah unik, dan keunikan inilah yang membezakan Airbnb. Namun, tetamu tetap keliru dengan begitu banyak pilihan, jadi sukar membuat pilihan.  

Inilah sebabnya ramai yang lebih suka memilih hotel, dan ia merupakan halangan nombor satu yang menyekat mereka membuat tempahan di Airbnb. Oleh itu, Airbnb memperkenalkan tiga peningkatan utama untuk membantu tetamu memahami apa yang boleh dijangkakan sebelum mereka membuat tempahan:

1. Pilihan Tetamu – Koleksi 2 juta kediaman paling digemari di Airbnb berdasarkan penarafan, ulasan dan kebolehpercayaan.

2. Penarafan & ulasan terbaharu – Halaman penarafan yang direka semula, dengan ciri-ciri baharu untuk membantu tetamu memahami kualiti setiap kediaman.

3. Tab penyenaraian – Satu set alat baharu untuk hos menguruskan penyenaraian mereka dan mempamerkan butiran yang paling penting bagi tetamu, termasuk lawatan gambar berkuasa AI.    

Antara penginapan unik yang tersedia di platform ini. Rumah UFO ini terletak di United Kingdom

“Orang ramai sering menggambarkan mendaftar masuk ke Airbnb sebagai ‘detik kebenaran’, apabila anda mengetahui sama ada kediaman yang ditempah memenuhi jangkaan  atau sebaliknya. Sering kali, ini tidak berlaku. Kami mengubahnya hari ini. Dengan Pilihan Tetamu, ulasan terbaharu, dan tab Penyenaraian baharu, anda kini akan tahu apa yang boleh dijangkakan setiap kali anda membuat tempahan,” ujar Pengasas Bersama dan CEO Airbnb, Brian Chesky.

Memperkenalkan Pilihan Tetamu

Cara terbaik untuk mencari tempat penginapan yang hebat ialah dengan mengetahui kediaman mana yang paling digemari oleh tetamu. Itulah sebabnya Airbnb mencipta Pilihan Tetamu – 2 juta kediaman yang paling digemari di Airbnb berdasarkan data penarafan, ulasan dan kebolehpercayaan daripada lebih setengah bilion perjalanan.

* Penarafan dan ulasan yang hebat — Pilihan Tetamu mempunyai ulasan yang sangat baik dan mendapat penarafan purata melebihi 4.9 bintang. Penginapan ini juga mendapat markah tinggi untuk kemudahan daftar masuk, kebersihan, ketepatan penyenaraian, komunikasi hos, lokasi, dan nilai.

* Kebolehpercayaan yang luar biasa – Pilihan Tetamu mempunyai rekod kebolehpercayaan yang luar biasa, dengan pembatalan hos dan isu perkhidmatan pelanggan yang berkaitan dengan kualiti sebanyak 1% secara purata.

* Mudah ditemui di Airbnb – Pilihan Tetamu tersedia di seluruh dunia, dan ia mudah dicari di Airbnb. Hanya cari lencana baharu dalam hasil carian dan pada halaman penyenaraian, atau gunakan penapis Pilihan Tetamu.

Hampir dua pertiga daripada Pilihan Tetamu datang daripada Superhost, yang telah diiktiraf kerana rekod prestasi hospitaliti mereka yang cemerlang.

Penarafan dan ulasan terbaharu

Tetamu telah meninggalkan lebih 371 juta ulasan mengenai penginapan mereka di Airbnb. Penarafan dan ulasan ini adalah cara terbaik untuk memahami kualiti penginapan. Tetapi hari ini, maklumat pada halaman penarafan adalah terhad, dan sukar bagi tetamu untuk mencari ulasan yang berkaitan dengan mereka. Halaman penarafan yang direka semula merangkumi tiga ciri baharu yang lebih memudahkan ulasan dibaca dan lebih membantu.

* Pengisihan ulasan – Tetamu kini boleh mengisih ulasan mengikut kekinian atau penarafan, memudahkan mereka mencari ulasan yang paling penting bagi mereka.

* Taburan penarafan – Carta baharu menunjukkan taburan ulasan daripada 1 hingga 5 bintang, supaya tetamu boleh melihat bilangan ulasan positif dan negatif dengan mudah.

* Butiran ulasan yang lebih lengkap – Ulasan termasuk maklumat lanjut tentang pemberi ulasan dan perjalanan mereka, termasuk tempat asal mereka, tempoh penginapan mereka, dan sama ada mereka mengembara dengan keluarga, haiwan peliharaan, atau dalam kumpulan.

Memperkenalkan tab Penyenaraian

Menguruskan penyenaraian adalah salah satu aspek yang paling penting dalam menjadi hos kerana itulah cara tetamu mengenali sebuah penginapan. Rekod menunjukkan, penyenaraian dengan butiran yang lebih lengkap boleh mendapat sehingga 20% lebih banyak tempahan.

Tetapi banyak penyenaraian tiada butiran yang penting bagi tetamu kerana terlalu sukar untuk menambahnya. Sebab itulah Airbnb memperkenalkan tab Penyenaraian, satu set alat baharu untuk hos menguruskan penyenaraian mereka dengan mudah dan mempamerkan perincian kediaman mereka.

* Editor penyenaraian – Interface yang direka semula memudahkan hos menambah butiran mengenai penyenaraian mereka; termasuk kemudahan, pengaturan tempat tidur, dan banyak lagi.

Hos juga boleh mengedit panduan ketibaan mereka dengan mudah dengan maklumat yang tetamu perlukan sebelum mendaftar masuk.

* Lawatan bergambar kuasa AI – Hos boleh mencipta lawatan bergambar dengan serta-merta, yang mengatur gambar mengikut bilik untuk membantu tetamu memahami susun atur kediaman mereka. Lawatan bergambar tersebut dikuasakan oleh enjin AI Airbnb yang dibina khas dan dilatih menggunakan lebih daripada 100 juta imej.

* Integrasi kunci pintar – Hos boleh menyambungkan kunci pintar yang serasi ke akaun Airbnb mereka dan menjana kod unik secara automatik untuk setiap tempahan.

Tetamu boleh melihat kod masuk mereka di aplikasi Airbnb sebelum mereka tiba. Integrasi kunci pintar akan mula dilancarkan di AS dan Kanada lewat tahun ini dengan sokongan untuk kunci tertentu daripada Schlage, August dan Yale.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah