Asia Barat atau kawasan Timur Tengah dunia sememangnya terkenal dengan aneka destinasi pelancongan yang menarik. Jadi tidak hairanlah kenapa terdapat semakin banyak syarikat penerbangan di rantau ini. Malah, kesemua syarikat penerbangan ini berlumba-lumba untuk memberikan perkhidmatan terbaik.
Salah satu daripadanya yang kian mula mendapat tempat di kalangan pengembara ASEAN adalah flydubai. Bagi yang kurang tahu, flydubai adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Selain memberi tumpuan kepada penerbangan serantau ia juga menempuhi perjalanan jarak jauh ke beberapa destinasi eksotik seperti India, Thailand, Eropah dan paling menarik, ia satu-satunya penerbangan berpusat di Dubai yang mempunyai penerbangan dari Dubai ke Langkawi dan Pulau Pinang.
Bermula Februari 2024 ia menerajui penerbangan ke seluruh Langkawi dan Pulau Pinang dari Dubai pada harga yang sangat berpatutan dan kompetitif.
Pihak Travellah diberi peluang untuk mengalami sendiri perkhidmatan yang ditawarkan oleh flydubai baru-baru ini dengan merasai pengalaman menjadi penumpang kelas ekonomi dan juga kelas perniagaan mereka.
Kami diberi kesempatan untuk terbang ke kota Dubai dari Pulau Pinang dan sebaliknya.
flydubai menawarkan beberapa jenis tiket penerbangan yang bergantung pada harga tambang yang ditawarkan.
Harga tambang tiket ekonomi menawarkan perkara paling asas iaitu tempat duduk dan beg seberat 7kg yang boleh dibawa naik ke pesawat. Ini juga termasuk bagasi seberat 20kg yang boleh didaftar masuk bersama.
Seperti beberapa penerbangan tambang lain, makanan boleh dibeli mengikut kemahuan penumpang. Ini juga sama buat perkhidmatan lain seperti hiburan dalam pesawat dan lain-lain (tempat duduk dan insurans boleh dipesan semasa membeli tiket dalam talian).
Namun tiket kelas perniagaan mereka merupakan tiket terulung yang menawarkan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan terbaik sepanjang proses penerbangan. Ia mirip dengan kelas perniagaan di kebanyakan syarikat penerbangan.
Penumpang kelas perniagaan diberi peluang mendaftar masuk di kaunter pendaftaran khas tanpa perlu beratur panjang. Bagasi pendaftaran juga mempunyai berat yang lebih banyak iaitu 40kg selain beg 14kg yang boleh dibawa naik untuk tiap penumpang.
Selepas mendaftar masuk, mereka boleh menghabiskan waktu di ruang tamu khas atau ‘lounge VIP’ lapangan terbang sementara menunggu pesawat.
Semestinya di ruang tamu ini pelbagai juadah disediakan untuk nikmat penumpang selain kemudahan bilik mandi dan ruang rehat yang lebih selesa.
Penumpang kelas perniagaan juga akan menaiki kenderaan khas untuk dihantar ke pesawat terlebih dahulu.
Saat tiba di pesawat pula, penumpang kelas perniagaan semestinya diberi keutamaan untuk duduk dahulu sambil dilayan oleh anak-anak kapal yang sangat mesra.
Penumpang kelas perniagaan juga akan diberikan minuman sambutan khas sebaik sahaja melabuhkan punggung di tempat duduk yang sangat luas. Dengan ruang tempat duduk yang lebih selesa, ia akan membuat perjalanan lebih menyenangkan tanpa gangguan.
Malah dua daripada tempat duduk kelas perniagaan flydubai jauh lebih luas daripada tempat duduk kelas perniagaan syarikat penerbangan lain kerana ia digelar ‘throne seat’ atau tempat duduk takhta kerana ruang dan kedudukannya. Ia juga boleh melunjur dan menjadi katil di untuk penumpang tidur dengan nyenyak.
Malah, penumpang kelas perniagaan juga boleh memesan apa sahaja makanan serta minuman yang mereka mahukan dalam pesawat tanpa had!
Buat penumpang yang beragama Islam, tidak perlu risau kerana semua pilihan makanan adalah halal.
Mereka juga menjual barangan bebas cukai di dalam katalog pesawat. Kami benar-benar menikmati penerbangan bersama flydubai dan berpeluang menjelajah kota Dubai dengan riang.
Jadi sekiranya anda tercari-cari penerbangan yang selesa dan penuh kemudahan untuk percutian seterusnya ke Timur Tengah, cubalah flydubai, kami yakin anda akan menyukainya!
Travellah telah diterbangkan ke Dubai dari Pulau Pinang dengan tiket ekonomi ke Dubai, dan tiket kelas perniagaan ke Pulau Pinang oleh flydubai.
Terima Kasih flydubai di atas kerjasama yang telah diberikan. Layari flydubai untuk tawaran luar biasa hari ini!