Sentiasa tampil dengan sesuatu yang baharu tiap kali diberi peluang, cef selebriti dan penghibur popular Dato Fazley Yaakob mengumumkan kelahiran produk terbaharunya hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia.

Kali ini ENKÉ Malaysia bersama Dato Fazley Yaakob dengan bangganya memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang diilhamkan dari kemahiran dan seni ‘pâtissiers’.
Pâtissier merupakan istilah dalam bahasa Perancis yang merujuk kepada seorang jurumasak pastri yang telah menamatkan proses latihan yang panjang.

Nama ini dipilih oleh Dato’ Fazley Yaakob sendiri sebagai inspirasi buat wangian Pâtissier Pure Parfum dalam menggambarkan keahlian, kesabaran, dan kecekalan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam bidang tertentu.

Wangian ini semestinya mampu menaikkan aroma manis dan menawan yang terilham dari seni pastri, di samping memberikan sentuhan kemewahan serta kemanisan dalam kehidupan seharian. Semestinya, produk ini juga mesra Muslim kerana tidak mengandungi alkohol.

Untuk edisi pengenalan ini, tiga varian wangian telah diperkenalkan iaitu Parisian Macarons, Lemon Meringue Pie, serta Vanilla Cream Puff.

Wangian Parisian Macarons menampilkan aroma yang meliputi nuansa badam, pistachio, bunga mawar, vanila, gula yang dikaramel, dan musk. Ia juga melahirkan imbasan yang hangat dan manis, serta mengingatkan kepada pencuci mulut Perancis.

Buat wangian Lemon Meringue Pie pula, aromanya diliputi nuansa buah lemon, sentuhan berkrim, kulit pastri berperisa, vanila, serta gula. Ini menimbulkan sensasi manis dan ceria, yang mengingatkan pada pengalaman menikmati pai.

Manakala wangian Vanilla Cream Puff pula mempertaruhkan aroma mewah vanila, pastri berkrim, karamel, dan juga gula. Ini melahirkan aura manis dan memikat, mengingatkan pada pencuci mulut yang manis.

Selain menampilkan bau lazat pastri, pembungkusan wangian ini juga terilham dari kotak pastri Perancis.

Menurut Dato Fazley, beliau terinspirasi oleh aroma pastri lembut dan manis, serta sentuhan bunga segar dan rempah harum yang sering digunakan dalam pastri berkualiti. Ini mencerminkan kelembutan, kemanisan, dan kreativiti seorang ‘pâtissier’ dalam mencipta pengalaman yang mengasyikkan dan menggoda.

“Kerjasama untuk melahirkan produk ini dengan ENKÉ Malaysia terhasil daripada kesungguhan dan keazaman ENKÉ dalam mencari duta produk walaupun menghadapi cabaran dan dugaan sepanjang lapan tahun mereka beroperasi,” kata Dato Fazley Yaakob tentang kerjasama ini.

Pengalaman pahit apabila terlibat dalam masalah penipuan atau ‘scam’ dengan seorang artis sebelum ini menyebabkan pihak ENKÉ berhati-hati dalam memilih duta produk.

Pihak ENKÉ juga menyatakan bahawa penghargaan terhadap Dato’ Fazley Yaakob sebagai selebriti yang mempunyai reputasi yang baik dan memiliki pengaruh yang besar dalam kalangan pengikutnya antara sebab mereka tertarik bekerjasama dengannya.

“Kejayaan Dato’ Fazley Yaakob dalam industri wangian dan makanan, menjadikannya pilihan yang tepat untuk menjadi duta bagi Pâtissier Parfum. Kolaborasi antara ENKÉ dan Dato’ Fazley Yaakob adalah satu percaturan yang dianggap luar biasa dan merupakan petunjuk rezeki dari Allah SWT pada pandangan saya.

Malah keperibadian Dato’ Fazley Yaakob yang rendah hati dan ikhlas dalam membantu usahawan bumiputera menjadi nilai tambah kepada kerjasama ini,” jelas Mohd Rashidie Bin Ramli, selaku pemilik jenama dan syarikat ENKÉ Malaysia.

Harga satu set wangian Pâtissier Premium Parfum dengan tiga botol berkandungan 10ml adalah RM149.

Pâtissier Premium Parfum boleh dibeli dengan menghubungi nombor telefon +60 18-768 1355, secara e-mel di enkecustomerrelative@gmail.com atau melalui laman media sosial Instagram @patissierparfum.

Share:
, , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah