Dalam persediaan untuk pameran Kuala Lumpur Biennale 2020 (KUL Biennale 2020) yang akan datang, Balai Seni Negara dengan kerjasama Mukim Ulu Kiulu Eco-Tourism Solution & Technologies Society (MUKEST) dengan bangganya membentangkan Program Bamboo Sculpture by The Sea melalui ‘Route to KLB2020 ‘ – suatu siri seni dan program kebudayaan. Pameran itu merupakan pendahulu bagi Kuala Lumpur Biennale 2020 yang diadakan dari 1 September 2020 hingga 28 Februari 2021.

Program seni dan kebudayaan ini ditetapkan untuk mencantikkan lagi suasana Kampung Air, di mana ia akan mempamerkan karya seni Motif Linangkit; hiasan tradisional Borneo. Ukirannya direka setinggi 10kaki yang dibina dengan 100 batang buluh dan beberapa buluh ini telah dirawat dengan bahan kimia supaya tahan lama dan kuat.

Dibina dalam empat hari, pemasangan acra itu melalui proses yang panjang di mana buluh-buluh dipilih dan diambil dari Mukim Kiulu – dua jam dari Kota Kinabalu khusus untuk penggunaan pameran ini.

Balai Seni Negara telah bekerjasama dengan dua bakat luar biasa; Tressie Yap Chui Kie, Ketua Arkitek & Artis dan Melissa Lo Hui Yee, Penyelaras Projek & Pereka untuk membina ukiran luar biasa ini dari awal.

“Buluh mempunyai banyak kegunaan sama ada untuk pakaian, aksesori ataupun membina rumah. Malangnya, generasi hari ini mengenal pasti buluh sebagai bahan yang digunakan hanya di kampung dan telah dipinggirkan. Dengan inisiatif ini, kami berhasrat untuk membawa balik penggunaan produk tempatan dan terutamanya menonjolkan penggunaan bahan buluh yang sinonim dengan kehidupan nenek moyang kita,” kata YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib bin Ahmad Dawa, Mantan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

Balai Seni Lukis Negara juga bekerjasama dengan MUKEST dari segi sumbangan kepada pertumbuhan industri buluh dengan memanfaatkan penggunaan buluh dalam seni.

“Rekod dalam tahun 2018 menunjukkan nilai eksport seluruh dunia buluh telah melebihi USD6 bilion dan dibekalkan oleh negara seperti China, Indonesia dan Thailand. Bamboos boleh didapati secara meluas di Malaysia dan hari ini dengan seni Bamboo Sculpture by The Sea, ramai akan mengiktiraf kepentingan buluh,” YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib berkata.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Haniff Ayub (0172838664)/ pr.artgallery.gov.my / Wan Nor Hidayah Wan Idris (017-9873303)/ hidayah@artgallery.gov.my

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *