Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di Shopee Live, untuk memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bergaya dan membeli lokal. Dengan tema ‘Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan rakyat Malaysia dengan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan nostalgia dengan ‘twist’.

“Pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma,” kata Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh. “Fesyen dan kecantikan di Shopee adalah sesuai buat semua dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia untuk beraya, kunjung-mengunjung di Hari Raya, dan meraikan Raya dengan yang tersayang di seluruh negara secara bermaruah. Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan.”

Tidak seperti pertunjukan fesyen yang lain, #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita memperlahankan ‘catwalk’ model untuk mengajar penonton di seluruh negara bagaimana busana berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama untuk gaya sedondon bersama seluruh keluarga.

Sepuluh penjual fesyen muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoe Rahman. Habib Jewels juga turut melengkapkan gaya di atas runway dengan menaja barang kemas dan aksesori.

Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini termasuk Y.O.U, SimplySiti, Silkygirl, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, barenbliss, Alha Alfa, dan AISASEA.

Model ‘body positive’ Hikma Al Hassan mengetuai peragaan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik yang dipilih khas berdasarkan bagaimana rakyat Malaysia membeli-belah Baju Raya mereka secara dalam talian. Dengan gaya pertama, Kek Lapis, Shopee mengajak rakyat Malaysia untuk bereksperimen dengan lapisan warna, corak, dan tekstur. Seperti yang dipopularkan oleh Intan Najuwa di majlis perkahwinannya, Shopee kemudian membawakan pelbagai cara untuk menggayakan warna Jingga Gelap pada bulan Raya ini buat lelaki dan wanita yang memiliki apa jua tona warna kulit. Gaya terakhir, Nostalgia Balik Kampung menyaksikan tapestri gaya tradisional dan retro yang intim dengan setiap rakyat Malaysia.

Kiffy Razak, Editor Pengurusan NONA, Hijabista, dan Mingguan Wanita, memberikan tips penggayaan tentang bagaimana rakyat Malaysia boleh bergaya dengan trend popular ini, “Anda boleh menggabungkan ‘color-blocking’ ala kek lapis, warna jingga yang terang namun chic atau nostalgia dalam pemakaian seseorang sambil mengintegrasikan sentuhan glam dan gaya klasik. Lebih penting, ianya adalah tentang bagaimana anda terjemah dan menggayakan trend ini supaya bersesuaian dengan jiwa dan diri sebenar anda, dan sekaligus menghormati nilai dan tradisi yang dipelihara dalam menyambut Hari Raya.”

Shopee berdedikasi dalam menawarkan rangkaian yang pelbagai dan ‘wholesome’ dalam pilihan fesyen untuk seluruh keluarga. Dato’ Jovian Mandagie, Pereka Fesyen yang juga mempunyai kedai Skuad Shopee Celebrity bersetuju dengan sentimen ini, “Aidilfitri adalah perayaan yang meraikan kasih dan kemenangan mengharungi Ramadan, sama ada anda berada di kampung atau di bandar. Berpakaian secara selesa dan sopan. Elak daripada ‘overdressing’. Apabila memilih Baju Raya, utamakan keselesaan, dan cuma mengikut trend jika ianya bersesuaian dengan personaliti anda.”

Juga dari Skuad Shopee Celebrity, Zoey Rahman, pelakon Malaysia dan pengasas Mikaseries, turut memberikan pandangan tentang bagaimana untuk bergaya di Raya 2024, “Saya lebih suka Baju Melayu klasik dengan kolar cekak musang dan butang yang tersorok. Saya akan gayakan dengan sampin instant yang boleh disiapkan dalam masa 2 minit untuk melengkapkan gaya. Saya suka idea pakaian ini kerana ianya klasik dan sesuai untuk dipakai pada pagi Raya.”

Kajian Raya Stail Kita* yang dijalankan terhadap pembeli di platform Shopee mendapati 9 dalam 10 yang ditinjau memilih untuk bergaya sedondon dengan seluruh keluarga dan ini memacu pembelian pakaian Raya mereka. Lima dalam sepuluh suka dengan trend Raya kek lapis, empat dalam sepuluh beli pakaian retro, dan selebihnya mencari warna jingga gelap. Pertunjukan fesyen ini adalah episod ketiga dalam kandungan platform bersiri #ShopeeRaiLokal yang mengetengahkan penjual tempatan yang membina komuniti**.

Kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee sedang berlangsung sehingga 11 April 2024. Tahun ini, pembeli boleh membeli tanpa risau dengan Shopee, kerana Shopee akan memperkenalkan bermula ciri baharu Change of Mind (Perubahan Fikiran) 15 Hari Pengembalian Percuma. Bermula 19 Mac 2024, anda boleh memulangkan produk untuk pengembalian wang sepenuhnya (full refund), dalam tempoh 15-Hari Shopee Guarantee.

Layari web mikro Raya Stail Kita di https://shopee.com.my/m/raya-stail-kita dan web mikro Kempen Ramadan Bersama Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale#SLM1

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah