Gambar oleh Ashraf Shamshiri & Yuleyana Amir
Tersergam indah di bandar raya Ipoh, ibukota negeri Perak Darul Ridzuan, ada sebuah lagi hotel menarik yang bernama Hotel Casuarina@Meru. Ia adalah sebuah penginapan bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.
Mungkin belum diketahui umum, jenama Casuarina memang salah satu jenama penginapan tempatan yang sangat popular di Malaysia, dan merupakan sebuah produk kelahiran negeri Perak.
Terletak di kawasan bandar terbaharu Ipoh, iaitu Bandar Meru Raya, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Selain itu ia sangat mudah dihampiri dari Lebuhraya Utara-Selatan melalui jalan keluar di tol Jelapang-Lumut-Chemor.
Ia hanya memerlukan beberapa minit sahaja pemanduan dari kawasan pusat bandar Ipoh dan lebih menarik, para tamu boleh berjalan kaki ke Terminal Bas Meru Raya serta Bulatan Sultan Azlan Shah dari hotel kerana kedudukannya yang sangat dekat iaitu di sebelah kedua-dua mercu tanda Perak ini.
Hotel ini juga mudah diingati kerana senibina bangunannya yang cantik. Terdapat aneka pilihan penginapan di sini mengikut keperluan para tamu.
Berbekalkan 146 buah bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini sememangnya menawarkan penginapan yang sangat selesa. Kesemua bilik dilengkapi sambungan internet wi-fi selain kemudahan umum yang diperlukan untuk bermalam.
Ia turut dilengkapi dengan sebuah ruangan khas untuk tujuan sarapan dan menjamu selera yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat.
Istimewa yang harus dicuba adalah Set Talam mereka yang menghidangkan lauk tradisional Melayu yang amat menyelerakan.
Tidak dilupakan adalah Set Cucur mereka yang juga sangat lazat.
Semestinya, penginapan ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain penganjuran acara dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.
Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa Hotel Casuarina@Meru wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai keselesaan pada harga yang sangat berpatutan dan berlokasi strategik di bandara raya Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Untuk maklumat lanjut klik pautan ini Hotel Casuarina@Meru.