Gambar oleh Ashraf Shamshiri & Yuleyana Amir
Berdiri megah di Kuala Kangsar, bandar diraja negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebuah hotel butik yang bernama Casuarina Kuala Kangsar. Ia adalah sebuah penginapan bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.
Jenama Casuarina memang salah satu jenama penginapan tempatan yang sangat popular di Malaysia, khasnya di negeri Perak.
Terletak di kawasan popular Kuala Kangsar bersebelahan Sungai Perak, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Lokasinya di kawasan yang dekat dengan pusat bandar juga menawarkan pemandangan indah di sekitarnya.
Jaraknya dari stesen keretapi Kuala Kangsar juga tidak terlalu jauh, hanyalah sekitar 3km sahaja. Jangka masa dari stesen keretapi ke hotel ini juga tidak sampai 10 minit dengan menaiki kereta.
Hotel ini juga mudah diingati kerana senibina bangunannya yang cantik selain kedudukannya di sebelah taman rekreasi Kuala Kangsar.
Berbekalkan aneka jenis bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif bertema Inggeris, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota yang menenangkan dari jendela bilik.
Terdapat aneka pilihan penginapan di sini mengikut keperluan para tamu.
Ia turut dilengkapi dengan sebuah ruangan khas untuk tujuan sarapan dan menjamu selera iaitu Matahari Coffee House yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat.
Istimewa yang harus dicuba adalah set Talam Matahari mereka yang menghidangkan lauk tradisional Melayu yang amat menyelerakan.
Semestinya, penginapan ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, serta bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.
Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa hotel Casuarina Kuala Kangsar wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai sedikit nuansa kemewahan pada harga yang sangat berpatutan dan berlokasi strategik.
Untuk maklumat lanjut layari Hotel Casuarina Kuala Kangsar