Menu
Check-In

7 Resort Pilihan Untuk Staycation Di Negeri Selangor

[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″ min_height=”6249px” custom_padding=”0px|||||”][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” min_height=”6187px”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.27.4″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_padding=”||0px|||”]

Aktiviti staycation boleh ditakrifkan sebagai sebuah percutian pendek tanpa melibatkan perjalanan yang jauh, untuk tujuan berehat dan menyegarkan minda dan fizikal setelah terikat dengan rutin harian memenatkan.

Jika anda mencari lokasi percutian yang  menarik, jangan risau kerana Selangor mempunyai banyak tempat menarik untuk anda lawati bersama orang yang tersayang.

Tourism Selangor tampil dengan cadangan tujuh hotel serta resort sekitar negeri ini yang menawarkan pengalaman berbeza untuk aktiviti staycation selama satu atau dua malam yang mampu menjadi alternatif kepada pilihan aktiviti percutian yang panjang dan memakan masa.

1) CYBERVIEW RESORT AND SPA

Cyberview Resort and Spa yang terletak di Cyberjaya ini mempunyai suasana yang nyaman ibarat anda berada di kawasan belantara kerana persekitarannya yang dipenuhi dengan pokok kelapa sawit dan taman tropika.

Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di sini seperti di Sembunyi Spa yang menyediakan perkhidmatan urutan badan, rawatan kesihatan, sauna, jakuzi dan lain lain.

Selain itu, anda boleh bersiar-siar ke sekitar kawasan resort seperti di Taman Tasik Cyberjaya, merasai menu makanan negara Yaman di Restoran Al Mukalla serta membeli-belah di Gem In Mall dan DPulze Shopping Centre.

Untuk maklumat lanjut, layari www.cyberviewresort.com 

2) THE SAUJANA HOTEL

Terletak di Shah Alam, Hotel dengan pengiktirafan 5 bintang ini merupakan tempat yang sesuai untuk meluangkan masa seharian di sini di mana kawasannya dikelilingi hutan tropika dan taman yang subur serta pemandangan tasik yang cantik untuk bergambar.

Antara fasiliti yang disediakan di hotel ini adalah seperti padang golf dan juga gelanggang tenis, pusat kecergasan dan kolam renang yang dikeliling pokok-pokok yang hijau.

Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar ke tempat pusat membeli-belah terdekat seperti Citta Mall dan Evolve Shopping Mall, selain melakukan aktiviti lasak di ESCAPE Petaling Jaya dan singgah di Oasis Village untuk menikmati makan malam.

Untuk maklumat lanjut, layari www.saujanahotels.com

3) HOTEL ROYALE CHULAN, DAMANSARA

Jika anda inginkan sebuah percutian mewah bersama keluarga, Hotel Royale Chulan yang terletak di Damansara ini merupakan tempat yang sesuai kerana dilengkapi dengan kemudahan yang selesa dan mempunyai beberapa kawasan hiburan berdekatan.

Antara fasiliti yang disediakan di sini adalah gimnasium, spa, rail ice skating serta kawasan permainan kanak-kanak “Kiddie’s Land” malah terdapat juga perkhidmatan bas ulang-alik dari hotel ke pusat beli-belah The Curve.

Selain itu, anda juga boleh melawat ke tempat-tempat pelancongan sekitar Damansara seperti KidZania, IKEA, Chocolate Museum, mendaki di Hutan Simpan Kota Damansara dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.royalechulan.com

4) AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

Amverton Cove Golf dan Island Resort ini merupakan resort 4 bintang yang menarik untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Seharian di resort ini sudah cukup untuk anda menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Resort ini juga digemari oleh para pemain golf kerana kemudahan padang golf yang ditawarkan.  Antara aktivti yang boleh dilakukan adalah seperti berkayak, flying fox, paintball, lawatan ke “Animal Island”, menaiki kenderaan ATV, menyusuri hutan, memanah dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga destinasi pelancongan yang boleh dilawati seperti di perkampungan Orang Asli Mah Meri serta menghirup udara segar dan bersantai di pantai Morib pada waktu petang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.waterside.amvertoncove.com

5) SHERATON HOTEL, PETALING JAYA

Hotel 5 bintang yang berwarna keemasan ini merupakan lokasi penginapan mewah yang sangat cantik malah menawarkan pelbagai fasiliti yang berkualiti.

Antaranya ialah Kids Club untuk kanak-kanak, ruang mesyuarat dan dewan yang besar sesuai untuk sebarang majlis dan persidangan perniagaan, gimnasium, restoran makanan Jepun, Miyabi, restoran makanan Kantonis, Yue dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga kelab golf berdekatan dengan hotel, dan pusat beli-belah terkenal seperti Subang Parade, Sunway Pyramid dan One Utama. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, boleh lah ke Bukit Gasing untuk melakukan aktiviti pendakian.

Untuk maklumat lanjut, layari www.marriott.com

6) NEW WORLD HOTEL, PETALING JAYA

New World Hotel yang mewah ini terletak di kawasan yang sangat strategik di mana ianya berhampiran dengan Saujana Golf and Country Club serta pusat beli-belah seperti Sunway Pyramid, Empire Shopping Centre dan Paradigm Mall.

Hotel 5 bintang ini menyediakan fasiliti seperti, kolam renang kanak-kanak, fitness center, tempat letak kereta percuma serta kolam renang di bumbung yang menggabungkan pemandangan panorama bandar yang cantik.

Selain itu, kawasan hotel ini terletak berdekatan akses ke lebuh raya yang mana ianya bersambung dengan laluan ke lapangan terbang dan stesen LRT terdekat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.petalingjaya.newworldhotels.com

7) MӦVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA

Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA menawarkan kemudahan fasitili yang selesa dan berkualiti untuk penginap.

Hotel 5 bintang ini terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malah hanya mengambil masa 10 minit untuk ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Mitsui Outlet Park.

Hotel ini cukup lengkap dengan fasiliti yang disediakan kepada pengunjung seperti Pusat Konvensyen yang luas dan perkhidmatan daftar masuk bilik dengan mudah dan cepat.

Menawarkan sebanyak 333 buah bilik yang dilengkapi dengan bilik mandi yang luas, pemandangan cantik melalui tingkap serta perabot mewah yang membuatkan tetamu hotel dapat berehat dengan tenang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.movenpick.com

Jadi tunggu apa lagi? Cepat tempah hotel / resort pilihan sebelum fully booked!

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

No Comments

    Leave a Reply