Berdiri megah di ibukota Jakarta di Indonesia, hotel THE 1O1 Jakarta Sedayu Darmawangsa adalah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu hotel terbaik di kota tersebut, hotel ini mampu membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama 1O1 memang salah satu jenama hotel tempatan yang sangat popular di Indonesia.

Terletak di kawasan perniagaan Dharmawangsa Square di Jakarta, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan pusat perniagaan serta komersial, ia juga mudah dijangkau berkat aneka pengangkutan awam yang ada di kota ini.

Jangka masa dari lapangan terbang antarabangsa Soekarno Hatta di Cengkareng dengan menaiki kereta ke hotel ini juga tidak sampai 45 minit!

Hotel ini juga mudah diingati kerana senibina bangunannya yang gah dan cantik selain kedudukan di pusat kota. Pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan seni rekanya yang unik.

Berbekalkan bilik-bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas.

Dilengkapi dengan sebuah restoran bernama tos.ca yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat, hotel ini juga menampilkan 1O1 Cafe Korean Hotpot Bar buat para tamu yang ingin menikmati makanan ala Korea.

Semestinya, hotel ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga majlis seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Buat yang suka beriadah bolehlah singgah ke kolam renang mereka yang unik dan juga ruang senaman di gimnasium dengan pemandangan sekitar kawasan yang cantik.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa hotel ini wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu besar.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang THE 1O1 Jakarta Sedayu Darmawangsa.

Sambungan internet penulis sepanjang berada di Indonesia dikuasakan oleh Roaming Man.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah